View: 4515|Reply: 0
|
[Kedah]
2 lelaki ditahan bantu siasatan warga emas dibunuh
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Baling: Polis menahan dua lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki warga emas yang ditemukan dengan kesan jerut di leher dan tangan serta kakinya diikat di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil.
Beliau berkata, perintah reman terhadap kedua-dua mereka akan dipohon di Mahkamah Majistret Sik, hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut.
Dalam kejadian semalam, seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan kakinya diikat, serta terdapat kesan jerut di leher.
Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam jam 3.21 petang semalam.
Kelibat dua lelaki hanya disedari menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jiran mangsa ketika kedua suspek hendak keluar dari rumah berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -warga-emas-dibunuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|