|
HARRY Kane. FOTO Agensi
Munich: Harry Kane muncul wira Bayern Munich apabila meledak gol kebangkitan buat menyemarakkan motivasi bagi mengikat RB Leipzig 2-2 dalam aksi Bundesliga di Arena Red Bull, awal pagi tadi.
Bayern yang ketiggalan dua gol nyata tidak mahu dikecewakan apabila bangkit dengan dua gol, dengan satu gol daripadanya hasil penyudah Kane.
Namun keputusan seri itu menyaksikan kedudukan anak buah Thomas Tuchel tergelincir ke tangga ketiga liga dengan dua mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen.
Dalam aksi itu, Leipzig yang mendapat sokongan padu penyokong sendiri mendahului dua gol dalam tempoh enam minit di awal babak pertama.
Gol berkenaan dihasilnya Lois Openda di minit ke-20 sebelum Castello Lukeba menambah jaringan enam minit kemudian, untuk menamatkan aksi babak pertama memihak tuan rumah.
Begitupun juara bertahan itu bangkit di 45 minit kedua dengan aksi lebih kemas dan Kane yang juga ketua pasukan England itu meledak gol menerusi sepakan penalti pada minit 57.
Leroy Sane memadam kelebihan Leipzig pada minit 70 bagi memastikan pelawat pulang dengan satu mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kebangkitan-bayern |
|