View: 3424|Reply: 0
|
Hotspur calar ego Liverpool
[Copy link]
|
|
PEMAIN Tottenham Hotspur cuba lepasi dua pemain Liverpool. FOTO FB Hotspur
London: Tottenham Hotspur melakar satu lagi persembahan menakjubkan di awal musim ini apabila berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool sejak April lalu menerusi kemenangan 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan memburu kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta liga namun skuad kendalian Ange Postecoglou lebih bertuah untuk menamatkan aksi dengan tiga mata.
Bagaimanapun, Liverpool terlebih dalu di hadapan menerusi gol Luis Diaz namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid dan ia menimbulkan perdebatan sama ada gol itu ofsaid atau tidak?
Malang terus menimpa anak didik Jurgen Klopp apabila Curtis Jones diperintah keluar padang selepas menerima kad merah dan selepas inside itu, Son Heung Min meletakkan Hotspur di depan menerusi gol cantik selepas menyambar hantaran rendah Richarlison.
Begitupun kedudukan itu tidak lama apabila disamakan pelawat sebelum rehat menerusi Cody Gakpo yang melakukan putaran badan dan merembat deras.
Liverpool terpaksa beraksi dengan sembilan pemain apabila Diogo Jota pula dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning di pertengahan babak kedua.
Kekurangan dua pemain menyaksikan penjaga gol, Alisson berusaha mengekang asakan Hotspur yang memanfaatkan kelebihan pemain yang mereka ada.
Ketika perlawanan dilihat seakan seri, kesilapan Joel Matip dalam masa kecederaan apabila tertampan bola ke gawang sendiri membolehkan Hotspur mencatatkan kemenangan sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah Hotspur musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... calar-ego-liverpool |
|
|
|
|
|
|
| |
|