|
Manchester City tewas kepada Wolves. FOTO FB City
London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyalahkan tiga pemainnya yang disifakan punca kekalahan di tangan Wolverhampton Wanderers apabila tumbang 2-1 sekali gus menamatkan rekod bersih pasukan itu musim ini.
Guardiola menamakan Ruben Dias, Mateo Kovacic dan Matheus Nune yang tidak mengikut perancangan pasukan hingga menyebabkan City tewas dalam aksi Liga Perdana Inggris (EPL) itu.
"Apabila lawan bertahan dengan baik, Kovacic dan Ruben perlu menyerang di bahagian tengah pertahanan - dan kami tidak melakukannya. Sebab itu ia menjadi lebih sukar.
"Pemain-pemain sedar apa yang mereka perlu lakukan dan mereka melakukannya berulang kali sejak saya berada di sini," kata Guardiola.
Dalam aksi itu, Wolves mencipta kejutan terbesar musim ini apabila menumbangkan juara di Stadium Molineux menerusi jaringan kemenangan Hwang Hee-chan di babak kedua.
Sebelum itu, Dias tertampan bola ke gawang sendiri pada mini ke-13 untuk memberi kelebihan awal kepada Wolves dan memberi tekanan kepada City.
Begitupun, anak buah Guardiola berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan percuma Julian Alvarex pada minit ke-58.
City turun dengan misi untuk merekodkan kemenangan dalam tujuh perlawanan pertama EPL buat kali pertama sepanjang sejarah mereka tetapi akur dengan kekalahan di tangan Wolves, yang mempamerkan aksi penuh agresif dan bersemangat tinggi.
Kekalahan itu menjadikan persaingan merebut kedudukan teratas liga menjadi lebih hangat menjelang kunjungan City ke laman Arsenal hujung minggu ini, di mana The Gunners kini hanya dibezakan satu mata dengan City yang juga pendahulu liga.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngan-pemain-sendiri |
|