View: 6459|Reply: 9
|
Kes Rogol: Keterangan Ebit, Mondy Dan Caprice Diambil
[Copy link]
|
|
Mondy Tattoo, Ariz Ramli atau Caprice antara 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masih terdapat beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Foto: Kosmo
“Ada lagi beberapa individu akan dipanggil.
“Kita dalam proses menyiapkan kertas siasatan dan ada perkara teknikal sedang ditunggu iaitu laporan dari forensik,” katanya kepada Kosmo.
Tambah Ayob Khan, kertas siasatan ini akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan Ebit Lew turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Kata beliau, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya.
Mengulas mengenai siasatan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkaitan isu tafsir Al-Quran, Ayob Khan memaklumkan pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan untuk diserah kepada Jabatan Peguam Negara.
“Kita telah merekod keterangan beliau (Howard) pada 26 September di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
“Ada dua laporan diterima polis membabitkan kes ini dan telah disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang bersalah..pening aku |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah caprice ebitblew firdaus wong ni mcm nnton telenovela..pusing2 mcm tu juga |
|
|
|
|
|
|
|
kes rogol? siapa yg dirogol |
|
|
|
|
|
|
|
Entah siapa yang salaaaahhhhhhh.... ku tak tahuuuuu...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku malas nak baca, baca tajuk pon dah cukup takda apa isi penting pon dlm artikel nya. buka cuma nak baca komen je
|
|
|
|
|
|
|
|
Mondok duk mana skrg? Penginapan ditaja?
|
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 30-9-2023 12:40 PM
kes rogol? siapa yg dirogol
Topi beras |
|
|
|
|
|
|
| |
|