|
Pemilik Chelsea seolah sedang menghancurkan kelab- Leboeuf
PEMAIN Chelsea hampa selepas tewas kepada Aston Villa, hujung minggu lalu. FOTO AFP
London: Bekas pemain Chelsea, Frank Leboeuf mengkritik Todd Boehly yang gagal membawa pemain-pemain ternama selepas sekadar menduduki di kelompok pertengahan liga.
Jelas legenda itu, Boehly yang juga pemilik kelab sudah berbelanja hampir 1 bilion pound (RM5.75 bilion) sejak membeli pasukan itu dari Roman Abramovich pada tahun lalu, namun Chelsea tetap bergelut di dalam liga.
Ujarnya, Boehly seolah sedang menghancurkan kelab dengan gagal menempatkan diri dalam kelompok atasan liga yang menyediakan empat slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.
"Kita perlu realistik - Chelsea berada di kelompok tengah liga. Sukar untuk menarik pemain-pemain seperti (Kylian) Mbappe ke sini.
"Pemain-pemain ternama mahu beraksi di Liga Juara-Juara. Arsenal berdepan masalah itu selama beberapa tahun, begitu juga Manchester United.
"Pemain-pemain hebat tidak akan datang ke Chelsea kerana kelab sudah tercicir. Sukar dipercayai apa yang terjadi dalam tempoh dua tahun sejak memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Ia tidak dapat diterima," katanya.
Katanya lagi, skuad The Blues perlu mempunyai barisan seimbang dalam pasukan jika mahu memburu kejayaan.
"Tidak salah menandatangani pemain muda untuk kontrak jangka panjang jika mereka komited, tetapi lembaga pengarah lupa untuk mengimbangi pasukan.
"Tunjang pasukan sangat muda selain (Thiago) Silva, dan tidak cukup berpengalaman. Enzo Fernandez juga kelihatan masih mentah walaupun berpengalaman.
"Saya tidak nampak kepimpinan, dan itu masalah utamanya. Pasukan pemilihan pemain tidak memikirkan perkara ini, saya rasa semua perlu bertanggungjawab.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... urkan-kelab-leboeuf
|
|