CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13019|Reply: 208

Peniaga Salahkan Ekonomi Punca Restoran Ditutup! Pengguna Tak Setuju "Kat Malaysia Ni Kalau Sedap Mesti Tak Tutup"

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengusaha sektor makanan dan minuman (F&B) menyatkan salah sebuah premis cawangan makanan segera yang baru dibuka terpaksa ditutup kerana masalah kewangan.


Katanya, ia berpunca daripada beberapa siri kerugian yang dialami setiap bulan sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk menutup premis berkenaan.


Bagaimanapun dia bersyukur kerana beberapa cawangan lain dapat bertahan dan berharap operasi dapat diteruskan seperti biasa.


Foto: Twitter




Enggan menyalahkan mana-mana pihak, dia turut menyatakan beberapa premis yang terletak berhampiran kedainya turut menamatkan operasi atas faktor kewangan.


Hantaran yang dibuat di halaman Facebook miliknya itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata warga maya memberikan maklum balas positif di samping kata-kata perangsang supaya dia dapat kembali bangkit dengan perniagaan yang dijalankan.


Luahan yang dibuatnya itu turut dikongsikan seorang pelayar X yang turut mengakui terdapat banyak premis berasaskan perniagaan F&B terpaksa gulung tikar.







“Makin banyak kedai F&B tutup. Terkini, restoran burger popular cawangan Puncak Alam (Selangor) pun dah tutup operasi,” ciapnya ringkas.


Menyifatkan taraf ekonomi masa kini semakin mencabar, dia menyatakan situasi ini turut mengakibatkan kehidupan masyarakat terjejas.


"Hidup ini memang keras!" tambahnya lagi.


Meskipun perkongsian asal di halaman Facebook mendapat maklum balas positif, namun kebanyakan pelayar di ruangan X memberikan komen negatif dengan menyatakan hidangan yang dijualnya tidak setanding produk makanan segera yang telah lama berada di pasaran.


Bukan itu sahaja, harga yang dijualnya juga lebih mahal serta tidak berbaloi.


"Kat Malaysia ni bab makanan tak perlu risau... kalau sedap mesti tak tutup. Mahal macam mana pun orang tetap akan beli, ceruk celah mana pun orang akan cari.


"Maaf tuan saya pernah makan situ untuk sokong, burger dia tidak sedap... ingatkan mungkin salah rasa atau hari itu saja tak sedap, pergi kali kedua masih sangat tak sedap. Memang betul ekonomi mencabar tapi tak sedap siapa nak sokong?


"F&B kita dah lama tepu, terlalu banyak pemain. Tak banyak yang berinovasi... banyak kedai rasa sama jadi tak hairan jika banyak yang ditutup.


"Sedih tapi perlu diakui, burger dia tak memuaskan dan harga agak tinggi," ujar beberapa warga maya.


Tidak kurang juga yang beranggapan pemilik syarikat tidak membuat kajian sedalamnya sebelum membuka cawangan yang banyak.


Mana tidaknya, warga maya menyatakan jenama yang diperkenalkan itu masih belum dikenali ramai dan tidak sewajarnya mempunyai banyak cawangan.


"Kedai ni branding macam tak kuat lagi tapi terus naik restoran banyak-banyak. Orang ramai belum kenal lagi, apatah lagi nak merasa... kenapa macam gelojoh sangat nak buka cawangan terus?


"Dia terlampau yakin yang pengikut akan sokong bisnes jadi dia buka banyak cawangan dalam masa setahun. Padahal tak sempat nak kemaskan SOP (prosedur operasi standard) dan rasa yang konsisten.


"Masalahnya banyak restoran sekarang tak ada kawalan kualiti. They all mostly sell the same thing seperti akan ada 20 menu dengan keju walaupun tak masuk akal nak letak cheese. Restoran ni, sekali pelanggan tak suka dengan makanan memang tak akan dapat balik orang tu dah," ujar segelintir warga maya lagi. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 09:51 AM | Show all posts
Sekali sahaja pernah makan di kedai makanan segera ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:02 AM | Show all posts
Supersirap: Sekali sahaja pernah makan di kedai makanan segera ini

xsedap ke?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
maluin-maluin... servis hauk
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukor burger nih mmg sedap..kat tnpt aku ada yang dealer kedai ni..niaga tepi jalan jer. Mmg mahal rm8 1 birgee , tp leh kongsi 2 atau 3 orang..patutlah dh katup kedai dia...asyik ckp xdee stock lah tuh..rupanya hq katup....kedai dia nih skali buka berjam2 aku tubggu turn..mmg ramai baris beli

Dr zamburger tuh..hurmm hampehhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Owner buleh laaa kambus hutang bisnes jual lambo2 tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Restoren kat rumah iols elok je buka bkn sebab murah tp sebab sedap dan pandai marketing...cth resto steak argus wagyu bagai (hraha kayangan) tp sbb pandai niaga qualiti dan kebersihan terjaga and hire locals so miantain je bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukor burger ni aku dengar mmg bermasalah pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah pegi sini puncak alam. 1 burger je yg ada. Eee apedaa.. Kesian muka budak kaunter tu.

Menu lain semua ditampal salotape maksudnya takde. Terus kitorang keluar. Owner ni nak jual macam2 tp tak fokus. Aritu aku nampak dia jual lembu masa musim2 raya haji aritu. Skrg ni aku tgk cikgu fadli promote bisnes sambal dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:46 AM | Show all posts
green~tea replied at 29-9-2023 10:26 AM
Owner buleh laaa kambus hutang bisnes jual lambo2 tu..

bukan ke dia pakai bentley?


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo org tua masuk bilik ade tompok2 merah. Walaupun xde tradisi tu. Sape xnk projek mlm tu jugak kalo benda dh ade dpn mata. Halal plak tu. Hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 29-9-2023 10:46 AM
bukan ke dia pakai bentley?


Lambo pun dia ada... bersusun

Di sahkan oleh jirannyer
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-9-2023 10:47 AM
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo or ...

Tompok merah ke tompok kunyit..

Ko tulis bior terang jelas
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:51 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-9-2023 10:47 AM
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo or ...

apa kena mengena menutoh di malam pertama dengan tajuk thread badogol oi
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:53 AM | Show all posts
green~tea replied at 29-9-2023 10:50 AM
Lambo pun dia ada... bersusun

Di sahkan oleh jirannyer

ni lah usahawan mulayu kita, business success sikit, beli benda tak hinggat dunia, cuba tengok mcm KA, selamba bewak je pakai bezza walaupun dah own kilang dia yg rega berjuta2 tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak Komen jujur nant org kata nak kondem bisnes melayu lah. X nak sapot melayu lah. Y not korang pg experienced sendiri mkn kat sana? Sbb citarasa setiap org x sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 29-9-2023 10:53 AM
ni lah usahawan mulayu kita, business success sikit, beli benda tak hinggat dunia, cuba tengok mcm ...

Zamburger tu aku speku dobi2.. sukor ni aku speku tak manage cashflow lepas dapat funding bank (dev bank)
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah cuba cukur beger ni. Kawan aku kata tak sedap plus jauh dari rumah aku. Lagipon aku tak minat nak mencuba product so so mcm ni walaupon harga singgit tetap rasa tak berbaloi dan membazir tak kena dengan taste aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:57 AM | Show all posts
Banyak menu takde. Kowser la...bagus beli kat tepi jalan boleh customized lagi. Try la buat cam MyBurgerLab. Mcm2 menu ada cuma harga dia keras sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:58 AM | Show all posts
green~tea replied at 29-9-2023 10:56 AM
Zamburger tu aku speku dobi2.. sukor ni aku speku tak manage cashflow lepas dapat funding bank (de ...

ni kilang dia, bapak punya besar production burger syukur ni


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.198548 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list