|
Penyerang Liverpool, Cody Gakpo meraikan jaringannya ketika aksi pusingan ketiga Piala Liga menentang Leicester City di Anfield. - Foto AFP
Previous
Next
LIVERPOOL: Dominik Szoboszlai mencetus kemenangan Liverpool ke atas Leicester dalam aksi Piala Liga di Anfield.
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memasukkan Szoboszlai dan Darwin Nunez di pertengahan babak kedua ketika permainan terikat 1-1 dan pemain tengah Hungary itu hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol hasil hantaran Wataru Endo.
"Saya tidak perlu memberitahu Dominik untuk menjaringkan gol, dia lebih tahu daripada saya. Ia kemahiran yang hebat.
"Dari minit pertama latihan, dia sangat mengagumkan. Dia penuh keyakinan dan melengkapkan skuad ini. Ia gol yang sangat baik," kata Klopp.
Klopp melakukan 10 pertukaran ke atas skuad yang menewaskan West Ham pada hujung minggu dan menyaksikan Liverpool dibolosi terlebih dulu buat kali kelima dalam lapan perlawanan.
Kasey McAteer meletakkan Leicester di depan pada minit ketiga tetapi Liverpool kembali menyamakan kedudukan menerusi Cody Gakpo tiga minit selepas rehat.
Klopp kemudian memasukkan dua pemain utamanya pada minit ke-65 dan Szoboszlai meletakkan Liverpool di depan sebelum Diogo Jota melengkapkan kemenangan.
Liverpool kini sudah memenangi lima perlawanan terakhir mereka dengan menjaringkan tiga gol atau lebih - kali pertama ia berlaku sejak skuad diterajui Kenny Dalglish di era 80-an. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... emenangan-liverpool |
|