CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3636|Reply: 0

City tersungkur, namun Arsenal, Liverpool dan Chelsea lolos

[Copy link]
Post time 28-9-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode
City tersungkur, namun Arsenal, Liverpool dan Chelsea lolos

PEMAIN Manchester City memerhatikan jaringan pemain Newcastle United, Alexander Isak dalam saingan Piala Carabao, awal pagi tadi. FOTO Reuters



Newcastle, England: Manchester City tersingkir daripada saingan Piala Liga apabila tewas 1-0 di tangan Newcastle United awal pagi tadi, ketika Arsenal, Chelsea dan Liverpool berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Alexander Isak menjaringkan gol tunggal perlawanan yang berlangsung di St James Park di mana kedua-dua pasukan membuat banyak pertukaran dengan merehatkan tonggak utama.

City yang memenangi kejuaraan treble pada musim lalu dengan menjulang Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA, terlepas melengkapkan Piala Liga yang dianggap saingan 'kelas ketiga'.

Erling Haaland diletakkan di bangku simpanan oleh pengendali City, Pep Guardiola sepanjang aksi itu, sementara pengurus Newcastle pula, Eddie Howe turut melakukan perkara sama dengan merehatkan ramai pemain utama.

Begitupun, pada separuh masa kedua Howe membawa masuk dua pemain iaitu Anthony Gordon dan Bruno Guimaraes yang nyata berjaya menguasai bahagian tengah sekali gus memastikan kemenangan memihak mereka.

"Kemenangan ini boleh meningkatkan keupayaan kami," kata Howe.

"Separuh masa pertama kami cuba menggilirkan skuad dan memastikan pemain kami segar. Separuh masa kedua kami tampil lebih baik, tetapi apabila anda membawa pemain seperti Anthony Gordon dan Bruno, mereka adalah pemain tahap tinggi," katanya lagi.

Pada aksi pusingan berikutnya nanti, Newcastle dijadual berkunjung ke Manchester United sekali gus mengulangi aksi final pada musim lalu.

Dalam perkembangan lain, Chelsea turut mara ke pusingan keempat apabila menundukkan Brighton dengan 1-0 sekali gus menempah pertemuan dengan Blackburn Rovers.

Arsenal turut melakar kemenangan 1-0 ke atas Brentford, manakala Liverpool tidak berdepan banyak masalah mengenepikan Leicester City dengan 3-1.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... l-dan-chelsea-lolos

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.920711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list