|
Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui krisis dihadapi skuad kendaliannya jauh lebih parah daripada jangkaan. - Foto AGENSI
LONDON: Mauricio Pochettino mengakui krisis dihadapi Chelsea kendaliannya jauh lebih parah daripada jangkaan.
"Anda tidak dapat beli keyakinan di pasaraya," kata Pochettino.
The Blues yang berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pemain sejak setahun lalu, hanya menang sekali dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Mereka gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir dan kini menghuni tangga ke-14 liga walaupun sudah berbelanja lebih 1 bilion pound (RM5.72 bilion).
"Tempoh beberapa minggu lalu adalah senario paling buruk kami. Kami sedar setiap projek baharu pasti sukar. Tetapi masalah berkenaan keyakinan tidak dapat dibeli di pasaraya.
"Sudah tiba masanya untuk kami mencipta situasi yang dapat meningkatkan keyakinan sedikit demi sedikit," kata pengendali itu.
Pochettino turut mendakwa semuanya ketika ini tidak berpihak kepada Chelsea dan mereka berhak mendapat keputusan lebih baik.
Pertemuan Piala Liga menentang Brighton di Stamford Bridge awal pagi esok adalah peluang terakhir buat mereka untuk menamatkan kemarau jaringan bulan ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... pasaraya-pochettino |
|