CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun

[Copy link]
Post time 27-9-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Seorang bekas pemandu bas terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, tujuh tahun lepas.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais, membuat keputusan itu selepas menggunakan kuasa budi bicara mereka bagi menggantikan hukuman mati M Siva Sangker, 39, dengan hukuman penjara.

Panel tiga hakim itu memutuskan demikian susulan pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuat kuasa 4 Julai lepas yang membenarkan mereka memilih menjatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun untuk menggantikan hukuman mati mandatori.

Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 November 2016.

Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Mohamad Zabidin berkata mahkamah mengesahkan sabitan terhadap Siva Sangker selepas mendapati ia selamat untuk dikekalkan.

Siva Sangker merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 4 Februari 2021 yang menjatuhi hukuman mati selepas dia didapati bersalah membunuh V. Durga Devi, 23, di Jalan Kancil 1, Taman Scientex, Pasir Gudang pada 12.15 tengah hari, 21 November 2016 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pada 6 Disember 2022, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Terdahulu, Datuk Rajpal Singh yang mewakili Siva Sangker berhujah kegagalan peguam terdahulu di peringkat pembelaan memfailkan notis alibi untuk menafikan kehadiran tertuduh di tempat kejadian menunjukkan anak guamnya tidak mendapat perbicaraan yang adil.

"Semasa kejadian, anak guam saya tidak berada di situ dan dia berada di Masai (Johor)," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling pula berkata, walaupun Siva Sangker mendakwa berada di Masai pada hari kejadian, tiada kepastian bahawa tertuduh berhasrat memfailkan notis alibi untuk menyokong pembelaannya.

Beliau berkata, enam saksi telah menyatakan bahawa perayu telah menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami 49 kecederaan akibat ditetak.

"Tetakan itu terkena tengkuk dan kepala mangsa yang boleh membawa kematian. Selepas mangsa ditetak, perayu terus mengejar dan menyerang mangsa walaupun mangsa terjatuh," katanya.

Rajpal turut memohon mahkamah mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman alternatif iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun supaya Siva sangker mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

"Anak guam saya menyesal dengan kejadian yang berlaku dan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa. Memang betul kehilangan nyawa telah berlaku dan dia melakukan kesalahan serius tapi dia bukan pembunuh bersiri yang membahayakan masyarakat," katanya.

Bagaimanapun, How memohon sabitan dan hukuman terhadap Siva Sangker dikekalkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antung-dipenjara-40
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056991 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list