View: 2093|Reply: 0
|
Pochettino bingung nasib Chelsea
[Copy link]
|
|
GUSTO mengasari Digne menyebabkan dia dilayangkan kad merah di Stamford Bridge. FOTO Reuters
London: Mauricio Pochettino mengakui Chelsea perlu 'berkembang' selepas permulaan hambar mereka musim ini berterusan apabila tewas 0-1 di tangan Aston Villa semalam.
Skuad Pochettino hanya menang sekali dalam enam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Pochettino selepas jaringan Ollie Watkins pada babak kedua mengesahkan kemenangan Villa di Stamford Bridge.
Blues kini menduduki tangga ke-14, hanya empat mata di atas zon penyingkiran selepas gagal menjaringkan gol dalam tiga aksi terakhir.
Derita Chelsea bermula selepas pertahanan Malo Gusto dibuang padang akibat mengasari Lucas Digne minit ke-58 dan pengadil Jarred Gillett yang pada mulanya memberikan kad kuning menukarnya kepada kad merah selepas merujuk VAR.
Penyerang Chelsea Nicolas Jackson yang hanya menjaringkan satu gol sejak berpindah dari Villarreal turut dilayangkan kad kuning selepas cuba menghalang sepakan percuma Villa sekali gus digantung satu perlawanan.
Pochettino enggan mengkritik pegawai perlawanan sebaliknya berkata dia dan pemain perlu dipersalahkan susulan kemerosotan mereka.
"Ia tanggungjawab kami dan pemain. Kami tak boleh salahkan VAR dan pengadil," kata Pochettino.
"Situasi itu, kami perlu tanganinya dengan berbeza. Saya tak mahu salahkan atau berkata apa-apa mengenai Malo Gusto.
"Ia berlaku dalam bola sepak dan ia menjejaskan perlawanan dan pasukan dengan cara negatif. Kami perlu berkembang seperti pasukan, bukan hanya secara individu.
"Pemain seperti Nico (Jackson) sangat muda dan masih menyesuaikan diri dengan EPL. Dia perlukan masa."
Walaupun berbelanja lebih £350 juta (RM2 bilion) sejak kedatangannya pada Julai, Pochettino masih gagal melonjakkan prestasi Chelsea yang merosot sejak musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngung-nasib-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|