CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4351|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tak pernah diguna dalam Perlembagaan Persekutuan

[Copy link]
Post time 23-9-2023 02:07 PM | Show all posts |Read mode

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan, sejak ia digubal pada 31 Ogos 1957.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata apabila Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada tarikh berkenaan, penyataan Sumpah Ahli Parlimen telah ada dalam Jadual Keenam di bawah perkara tersebut dan tidak pernah ada menyebut kalimah "Wallahi Wabillahi Watallahi".

"Kalimah penyataan sumpah kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' hanya disebut dalam penyataan angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

"Seperti yang dijawab oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, penyataan sumpah ini adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 5 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sumpah yang dilafazkan hendaklah mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.



Wan Junaidi berharap dengan penjelasan itu ia dapat memberikan maklumat yang jelas kepada Ahli Parlimen serta orang awam yang telah menyaksikan pertikaian berhubung perkara berkenaan semasa Ahli Parlimen Kulai Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Selasa lalu.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang memohon penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sama ada lafaz sumpah Ahli Parlimen baharu tidak lagi memasukkan kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi'. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... pernah-diguna-dalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.070799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list