CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4768|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Laporan nahas 14 kenderaan diserah kepada Apad, Isnin ini

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Kemalangan yang mengakibatkan dua penunggang motorsikal maut manakala tujuh lagi cedera membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara Putrajaya. FOTO IHSAN PEMBACA

Kuala Lumpur: Laporan lengkap berhubung nahas kemalangan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di Putrajaya, akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) pada Isnin ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata, agensinya terbabit dalam siasatan kemalangan yang meragut dua nyawa itu.

"JPJ baru sahaja terima laporan mengenai kemalangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis. Jadi selepas terima laporan itu, kita buat siasatan.

"Kini kita dalam proses menyiapkan laporan pemeriksaan keselamatan jalan raya dan laporan itu akan diserahkan kepada Apad pada Isnin depan untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media selepas Operasi Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar (Timur) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh cedera selepas treler membawa muatan batu pasir merempuh sejumlah kenderaan di lokasi kejadian.

Mangsa maut, pekerja Pos Malaysia, Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan pekerja di Mahkamah Ampang, Yuswar Mohd Uyus, 39.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk mengenal pasti jumlah muatan bahan dibawa treler yang menyebabkan berlaku kemalangan itu.

"Ini antara tugas pasukan penyiasat JPJ, yang mana kita bukan setakat melihat di kawasan kemalangan tapi juga ke lokasi lori itu bermula dan mengambil bahan muatan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Apad dalam satu kenyataan memaklumkan mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) kepada pengendali treler yang terbabit dalam kemalangan maut di Putrajaya.

Apad turut bekerjasama dengan agensi terbabit bagi mendapatkan laporan berkaitan sebelum sebarang tindakan lanjut terhadap syarikat pengendali dapat dilaksanakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pada-apad-isnin-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.045194 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list