|
PENJAGA gol MU, Andre Onana. FOTO Agensi
London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag pening memikirkan prestasi teruk benteng pertahanannya pada awal musim ini dan akui tidak tahu punca situasi itu.
Dalam lima aksi terakhir dalam semua pertandingan dilalui, United bolos 14 kali termasuk ketika tunduk kepada Bayern Munich 4-3 pada aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.
Sebelum itu, Burnley mengejutkan United dalam aksi Liga Perdana Inggeris menerusi kemenangan 3-1 sekali gus mencetuskan tekanan kepada Ten Hag.
"Pada musim lalu kami sudah melalui musim agak baik dengan membuktikan kemampuan kami apabila muncul antara pasukan paling sedikit dibolosi.
"Kami bertahan sangat baik sebagai satu pasukan, jadi kami perlu pamerkan aksi yang sama musim ini," katanya.
Ujar pengurus itu lagi, beliau akan mencari jawapan kepada masalah itu dengan segera.
"Pemain hanya manusia biasa bukannya robot. Saya akan cuba mencari penyelesaian serta memberi motivasi kepada pemain untuk aksi berikutnya.
"Apabila anda berada dalam tempoh yang kami alami sebagai pengurus anda akan ditanya soalan sebegini. Tugas saya adalah untuk meminta mereka melakukan tugas dengan baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-peningkan-ten-hag |
|