|
Kalau anda perasan, banyak betul anugerah bisnes dekat Malaysia sama ada dianjurkan oleh kerajaan mahu pun pihak swasta.
Kalau ‘award’ daripada kerajaan, maknanya pengiktirafan sangat hebat, tapi bagaimana pula dengan ‘award’ daripada pihak swasta. Prestij ke tidak?
Penganalisis pemasaran digital, Muhd Naim Mustafa berkata, kebanyakan ‘award bisnes’ di Malaysia yang dihadiahkan kepada pemilik atau pengasas (founder) produk adalah berbayar.
Kebiasaannya, ia dikendalikan oleh pihak majalah atau syarikat penerbitan yang mencari pendapatan melalui cara tersebut.
“Kalau award-award business dari swasta kat Malaysia ni mostly berbayar. Bila bisnes kau bagus, nanti ada certain magazine akan call. Cakap nak panggil untuk interview, then dia akan open pakej.
"Frontpage + cover story : RM5,000, Story 2 page : RM3,500, 1 Page : RM2,500.
“Dia akan racun la, ni untuk branding bla bla bla bla, senang networking nanti,” katanya menerusi laman X (Twitter).
Tidak hanya itu, tambahnya lagi usaha pihak berkenaan tidak terhenti setakat itu. Mereka akan menghubungi syarikat atau pun pengasas produk (biasanya pada penghujung tahun) untuk calonkan anugerah pula.
Sebagai contoh “Usahawan Terbaik Kategori Kosmetik 2023”. Jadi, mereka akan buka pakej jika pengasas tersebut mahu hadiri majlis prestij tersebut dengan bayaran satu meja boleh muatkan antara lima hingga 10 orang.
“Full table 10 orang : RM10,000; Half table 5 orang : RM5,500 Sama juga racun dia, boleh branding, boleh network dengan banyak bisnes owner/vip.
“Nanti ada upsell lagi. Kalau kau dah grab offer pertama, dia akan push untuk kau highest award. Mungkin Ikon Usahawan Muda 2023. Yang ni Menteri akan sampaikan. Harga maybe RM15,000 untuk full table sebaris VVIP dan Menteri.
“So dia racun, anugerah ni ibarat dari Menteri, sebab menteri yang sampaikan. Ada gambar dgn menteri, sesuai untuk branding.
“So itulah sedikit sebanyak tentang industri award berbayar kat Malaysia. Disclaimer : Thread ni tidak merujuk kepada mana-mana pihak, cuma pendedahan tentang insight award industri kat Malaysia,”
Dalam pada itu, netizen turut memberi pelbagai komen terhadap isu yang dibangkitkan.
Jadi, semua faham kitaran ekonomi sekarang, kan? - CARI
|
|