|
Pengiktirafan Arab Saudi terhadap hubungan dengan Israel itu sebagai sesuatu yang baharu dalam diplomasi Asia Barat kerana peranan kerajaan itu sebagai penjaga dua tempat paling suci Islam.
Semalam (20 September), pemimpin de facto Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berkata potensi negara itu menjalinkan hubungan dengan Israel semakin hampir, namun mahu isu Palestin diselesaikan terlebih dahulu.
Menerusi satu temu bual bersama Fox News, Putera Arab Saudi itu menafikan bahawa negara itu menangguhkan rundingan dengan Israel yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat (AS).
Arab Saudi ingin lihat kemajuan dalam rundingan damai Palestin
Menurutnya, kerajaan Arab Saudi ingin melihat kemajuan dalam rundingan damai Palestin, namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih melaksanakan dasar penuh kontroversi di Tebing Barat.
“Bagi kami, isu Palestin adalah sangat penting. Kita perlu selesaikan bahagian itu. Kita perlu meringankan kehidupan rakyat Palestin,” katanya dipetik Berita Harian.
Israel kini sudah menjalinkan hubungan dengan lima negara Arab tetapi pengiktirafan oleh Arab Saudi dilihat sebagai sesuatu yang baharu dalam diplomasi Asia Barat kerana peranan kerajaan itu sebagai penjaga dua tempat paling suci Islam.
Arab Saudi, Israel dan beberapa negara Arab lain bermusuhan dengan Iran
Arab Saudi, Israel serta beberapa negara Arab lain bermusuhan dengan Iran iaitu negara yang didakwa berfahaman Syiah dan sering menyaingi Arab Saudi.
Menurut Putera Mahkota lagi, beliau turut memperbaharui amaran bahawa negaranya akan membangunkan senjata nuklear jika Iran melakukannya.
“Jika mereka mendapatkannya, kita perlu mendapatkannya juga,” katanya lagi.
Dalam pada itu, difahamkan Arab Saudi juga mendapat jaminan keselamatan, termasuk dilaporkan perjanjian dengan AS, sebagai balasan untuk menjalin hubungan dengan Israel, satu-satunya kuasa nuklear di rantau itu walaupun ia tidak diisytiharkan.
Mohammed turut mengulas mengenai kemungkinan mewujudkan Pakatan Keselamatan, dengan merujuk kepada hubungan Arab Saudi-AS selama lapan dekad yang sudah pasti akan ‘menguatkan’ kerjasama kententeraan dan ekonomi.
Jalinan hubungan Arab Saudi dan Israel akan jadi ‘peristiwa transformatif’
Sementara itu, Setiausaha AS Antony Blinken dalam satu temu bual bersama ABC News semalam turut mengatakan jalinan hubungan di antara Arab Saudi dan Israel akan menjadi ‘peristiwa transformatif’.
“Untuk menyatukan kedua-dua negara ini khususnya akan mempunyai kesan yang kuat dalam menstabilkan rantau ini.
“Dalam mengintegrasikan rantau ini, dalam membawa orang ramai bersama-sama, tidak mahu mereka terus bertengkar satu sama lain,” ujarnya.
Terdahulu, beberapa pakar penganalisis menjangkakan Arab Saudi semakin hampir untuk menjalinkan hubungan dengan Isreal secara senyap-senyap demi menarik kemasukan pelaburan asing.
UAE bersetuju jalin hubungan diplomatik dengan Israel
Jika sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara Arab Teluk Parsi pertama yang bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara yahudi itu.
Persetujuan yang dianggap bersejarah itu menyaksikan AS sebagai perantaraan secara tidak langsung meningkatkan prospek bahawa beberapa negara Arab yang lain akan mengikut jejak langkah UAE.
Sebagai info, enam negara Arab yang sudah menjalinkan hubungan dengan Isreal ialah UAE, Jordan, Bahrain, Egypt, Sudan, Morocco.
SOURCE: BERITA HARIAN
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|