View: 3533|Reply: 10
|
Siap Bagi Hantaran RM15,000- Lelaki Tertipu Ingatkan Nak Kahwin Dengan Anak Dara, Rupa-Rupanya Lelaki Tua Menyamar
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja di sebuah syarikat perlombongan yang terpikat dengan seorang gadis dan nekad mahu mengahwininya.
Namun malangnya, bakal isterinya 'kantoi' bukanlah perempuan sejati, sebaliknya adalah lelaki.
Bukan setakat identiti ditipunya, malah pelaku juga meminta hantaran bernilai 50 juta rupiah (RM15,280) daripada mangsa.
Foto: Kompas.com
Tribun Jatim melaporkan, lebih menyedihkan apabila wang yang sepatutnya dijadikan sebagai mas kahwin itu, digunakan untuk membeli barang keperluan harian dan bermain loteri.
Siapa sangka gadis yang bakal dikahwininya itu rupa-rupanya seorang lelaki tua berusia 53 tahun.
Suspek menyamar sebagai pelajar perempuan dan menipu melalui laman sosial Facebook.
Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar dan ditahan polis di kediamannya di Tinggimoncong, Gowa di Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia, pada Jumaat lalu.
Memetik laporan Kompas, Polis Sulsel bahagian jawatankuasa jenayah siber, AKP Iqbal Usman E berkata, suspek menggunakan gambar profil wanita bertudung dengan nama akaun Facebook seperti wanita, untuk menipu mangsa.
Suspek turut mengakui dirinya berusia lingkungan 20-an dan bersedia untuk berkahwin.
"Mangsa berusia 35 tahun, berasal dari Makassar.
"Suspek kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut," kata Iqbal kepada pemberita pada Selasa. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
bodohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sama bodoh dgn TT bukak berita caprut |
|
|
|
|
|
|
|
Priskiess tersengih kerang busuk namampos sambil berteriak malu-maluin saya dengan karenah warga saya |
|
|
|
|
|
|
|
kelip2_07: bodohhh
yang kena tipu tu mesti perempuan x nak kat dia.
pastu nampak je perempuan cantik reply message
dia terlompat lompat cerita dengan satu dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
EH, jadi malu-maluin friskies |
|
|
|
|
|
|
|
melampau jugek catfish dia ni huhu |
|
|
|
|
|
|
|
i ada kawan (marryjane) yg terlompat2 angau bila profile fb muka org timur tengah tapi reside kat US dm dm ajak dia kawen. Tak faham kenapa dia percaya . Jenuh i ckp dia bodoh (sbb obviously mmg bodoh pun) sbb rasa itu benda betul (dia ckp kat i manatahu rezeki - she sejenis yg think positif) . Bertahun jugak dia meratib bila dia terpaksa tinggalkan mamat tu sbb ada 3 anak kat malaysia camne nak pegi US . Kuin kepam gemok je yg gegeh tinggalkan anak2 demi mengejar lemang hangus kihkihkihhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|