|
Perisic mungkin tersisih baki saingan EPL
KONTRAK Perisic bersama Spurs akan berakhir pada hujung musim ini. FOTO REUTERS
London: Penyerang Tottenham, Ivan Perisic dijangka tersisih baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mengalami kecederaan lutut serius ketika latihan.
Spurs mengesahkan pemain antarabangsa Croatia itu mengalami kecederaan 'anterior cruciate ligament' (ACL) di lutut kanannya.
Perisic yang masuk sebagai pemain gantian mengumpan untuk kemenangan dramatik Tottenham, 2-1 ke atas Sheffield United dalam penampilan ke-50nya, hujung minggu lalu.
Tetapi kecederaan itu menyaksikan aksi berkenaan mungkin penampilan terakhirnya untuk kelab itu.
Ia berikutan kontrak pemain berusia 34 tahun itu akan berakhir pada hujung musim ini.
"Pemain antarabangsa Croatia itu cedera dalam latihan dan akan menjalani pembedahan," umum kelab itu menerusi kenyataan, hari ini.
"Ivan kemudian akan menjalani proses pemulihan dengan staf perubatan kami dan dijangka tersisih bagi baki saingan musim ini."
Rodrigo Bentancur tersisih akibat ACL pada Februari lalu dan dijangka tidak dapat beraksi dengan skuad bimbingan Ange Postecoglou itu sehingga November.
Tottenham kini menduduki tangga kedua liga di bawah kendalian Postecoglou apabila merangkul empat kemenangan daripada lima perlawanan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ih-baki-saingan-epl
|
|