|
PENYERANG AC Milan, Olivier Giroud (kanan) bersaing di udara pada aksi awal pagi tadi. FOTO AFP
Milan: Eddie Howe bangga dengan cara kepulangan Newcastle United di Liga Juara-Juara selepas dua dekad apabila meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu raja Eropah tujuh kali, AC Milan pada perlawanan pembukaan Kumpulan F, awal pagi tadi.
Howe lebih gembira berbanding kedua-dua pengurus kelab itu apabila berjaya meraih satu mata hasil pertembungan di San Siro selepas pasukannya kerap bertahan menentang pasukan yang tewas pada aksi separuh akhir musim lalu.
Tidak banyak dapat dilakukan Newcastle pada perlawanan pertama mereka dalam saingan kelab terkemuka Eropah sejak kali terakhir pada 2003.
Kelab yang disokong Arab Saudi itu hampir tidak mencipta peluang dan bertuah untuk mendapat keputusan seri.
Milan sepatutnya memenangi perlawanan itu namun mensia-siakan beberapa peluang, terutamanya pada separuh masa pertama dan mendominasi permainan ketika Sandro Tonali kembali ke kelab lamanya selepas berhijrah ke Newcastle, Julai lalu.
"Sudah tentu berbangga dengan keputusan dan prestasi serta mentaliti yang ditunjukkan oleh pemain," kata Howe kepada pemberita.
"Mereka adalah pemain yang sangat jujur serta mengakui hakikat bahawa kami boleh beraksi dengan lebih baik.
"Saya rasa kami akan menjadi lebih baik dan lebih baik dari semasa ke semasa. Semoga kami dapat terus meningkat pada kejohanan ini," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... si-azab-di-san-siro |
|