|
BARISAN pemain Afrika Selatan giat menjalani latihan. FOTO AFP
Presles: Ketua jurulatih Afrika Selatan, Jacques Nienaber mengakui sangat teruja serta menjangkakan 'ujian yang sebenar' apabila juara bertahan itu berdepan pasukan nombor satu dunia, Ireland dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia Ragbi, Ahad ini.
Nienaber berkata demikian selepas menamakan pasukannya di mana bintang veteran, Eben Etzebeth kembali pulih daripada kecederaan bahu.
Ia adalah kali pertama Springboks dan Ireland akan bertemu di Piala Dunia, dengan kedua-dua pasukan sudah meraih dua kemenangan daripada dua perlawanan.
Nienaber cukup bersemangat untuk bertemu pemenang Grand Slam Six Nations itu, Ahad ini.
"Saya tidak berasa gugup tetapi cukup teruja. Ia akan menjadi perlawanan ujian yang sebenar. Ia membabitkan pasukan nombor satu menentang juara dunia.
"Kedua-dua pasukan mempunyai set kemahiran yang baik, purata umur kedua-dua skuad adalah lebih kurang sama, begitu juga dengan jumlah penampilan.
"Ia akan menjadi pertembungan membabitkan dua pasukan berpengalaman dan sangat dinanti-nantikan," kata Nienaber.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eruja-jumpa-ireland |
|