View: 4493|Reply: 39
|
Buat Kandang Kambing Sebelah Rumah Orang, Naya Jiran Hari-Hari Kena Hidu Bau Busuk, Susah Tidur Malam Dengar Bau Bising Mengembek
[Copy link]
|
|
Seorang individu tidak selesa berada di rumah sendiri apabila terpaksa menghidu bau busuk dari kandang kambing yang dibina jirannya.
Bukan itu sahaja, haiwan ternakan itu juga sering membuat bising pada waktu malam sehingga menyukarkan dia sekeluarga untuk tidur dengan nyaman.
Susulan itu dia meluahkan di grup Facebook Tanya Peguam bagi mendapatkan pandangan tentang tindakan yang boleh diambil.
Gambar Hiasan
Menurutnya, dia sudah berbincang dengan jiran tersebut namun individu berkenaan enggan memberi kerjasama.
"Saya mahu bertanya, dekat mana saya boleh mengadu tentang jira yang bela kambing. Memang banyak sebelah rumah pusaka saya.
"Dia buat kandang kambing sebelah rumah saya, memang tanah dia tapi masalahnya dia buat kandang kambing jauh dari rumah dia sebab tak mahu busuk.
"Rumah kita? Kalau hari hujan, baunya busuk ya amat. Tengah malam, kita nak tidur tapi kambingnya asyik mengembek," luahnya lagi.
Situasi yang dialaminya itu membuatkan warga maya tampil memberi pandangan masing-masing.
Tidak kurang juga yang mengutuk tindakan jiran tersebut kerana disifatkan pentingkan diri serta tidak reti hidup bermasyarakat.
"Kambing atau lembu dekat dengan rumah memang busuk sangat. Buat aduan, hidup ni kena ada adab berjiran, nak bela haiwan ada kawasan dia.
"Saya pernah buat aduan pada majlis daerah sebab jiran saya bela ayam... memang busuk baunya. Tak sampai seminggu (penguatkuasa) datang satu van bagi amaran untuk sisa reban.
"Jadilah jiran yang berfikiran sihat, jangan fikir untung sendiri sahaja. Apabila kena kecam, cakap Melayu menjatuhkan Melayu padahal sendiri yang buat silap," ujar beberapa warga maya.
Segelintir warga maya turut berkongsi cara untuknya membuat aduan supaya dia tidak bergaduh ataupun bermasam muka dengan jirannya.
"Guna aplikasi di bawah biro aduan Jabatan Perdana Menteri... ambil anonymous dan tak payah pergi majlis nanti mereka kantoikan, awak bergaduh dengan jiran.
"Buat dekat Jabatan Pertanian Daerah dan cover report di balai polis. Ini bukan setakat mengganggu ketenteraman tapi juga akan mengundang masalah kesihatan," tambah segelintir netizen lagi. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri kan cakap, nk makan ayam, bela ayam, nk makan sayur tanam sayur..hrga naik apa halll...
|
|
|
|
|
|
|
|
Check balik status tanah tuh..kalau status tanah bangunan komersil..mmg X leh nak buat Kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
i dont like kambeng wpn i pencinta hewan..dorg mengada..suka mkn rumput |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 20-9-2023 12:26 PM
i dont like kambeng wpn i pencinta hewan..dorg mengada..suka mkn rumput
Mmg la zisss. Penah ke kambing suka mkn ayam? Takpenah jumpa khens. |
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 20-9-2023 12:33 PM
Mmg la zisss. Penah ke kambing suka mkn ayam? Takpenah jumpa khens.
aah dan makan pokok dlm kebun kak pastu suka berak mcm bijik kacang.
entah i mmg xsuka kambeng |
|
|
|
|
|
|
|
sorry sistah typo..nk tulis jgk tp keluar kak |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran sebelah pagar emak saya kat kampung pernah nak bina reban ayam dekat dengan rumah dia yang hampir dengan rumah emak kami..padahal tanah dia luas...dan kat hujung takde rumah jiran lain pun. Alasan dia senang nak pantau. Nasib baik jiran tu senang dibawa berunding dan mengalah |
|
|
|
|
|
|
|
Racun sahaja lah tuan kambing tu sekeluarga. Takan itu pun nak di ajar! |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 20-9-2023 09:14 PM
Racun sahaja lah tuan kambing tu sekeluarga. Takan itu pun nak di ajar!
Masuk jel pulak sbb 302.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia buat sblh umah jiran supaya senang jiran blh tlg tengokkan kot ada org nk curi |
|
|
|
|
|
|
|
KAndang Kambing ni kalau dekat dgn rumah, siap la rumah ko mmg jadi tempat pembiakan lalat. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara kita ni ada tak undang2 tak boleh bela binatang ternakan (farm animals) di dlm kawasan rumah yg sekian2 keluasannya? Zaman sudah berubah. Org dulu2 yg tinggal di kampung, tanah mereka luas, tu boleh bela kambing dan ayam itik. Sekarang ni, kampung2 pun rumah dekat2.
Aku rasa elok panggil ustaz minta bagi ceramah kat masjid terdekat tentang hidup berjiran tak boleh bela binatang sehingga menggaggu jiran. Pastu ajak tuan kambing tu gi jemaah di masjid dan dengar ceramah tu. Baru dia faham kut dan takut. He hehehe.. ok ke cadangan aku? |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 20-9-2023 09:45 PM
KAndang Kambing ni kalau dekat dgn rumah, siap la rumah ko mmg jadi tempat pembiakan lalat.
Uik...dekar rumah sedara tak plak...akan bau kambing bila duk dlm kandang je..sbb dia selalu clear taik kambing agaknya...even kambing yg kecik manja nor mcm bdk kecik nak sondol2 kita... |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 20-9-2023 12:36 PM
aah dan makan pokok dlm kebun kak pastu suka berak mcm bijik kacang.
entah i mmg xsuka kambeng:lol ...
Taik manusia lagi busuk, bentuk melingkar lingkar...i lagi tak suka manusia..bau bacin |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 21-9-2023 12:37 AM
Taik manusia lagi busuk, bentuk melingkar lingkar...i lagi tak suka manusia..bau bacin
Kau ni apa? Kau tinggal sini ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuis pintu kandang tu
Bior bebas melata kekambing
Esok tuan bangun pagi
Yilekkk
Kambing dah berhijrah |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman masa student dulu, ada kandang kambing sebelah hostel, bila malam, dia punya bau mmg tak bleh bawak bincang. terus berkurung dalam bilik. huiii seksa wei
|
|
|
|
|
|
|
|
kat Malaysia macam tu lah. kampung dibandarkan, bandar dikampung dan diperhebatkan suasana desa. last2 jadi suasana downtown Dhaka je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|