CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3686|Reply: 10

Pelanggan Berang Peniaga Tergamak Jual Ayam Rentung, Hitam Legam Macam Mana Nak Makan?

[Copy link]
Post time 20-9-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita, Natasha Juan berdepan dengan situasi di mana makanan yang dibeli menerusi aplikasi penghantar makanan dianggap sangat menyedihkan.


"Biasanya saya tak kisah fasal benda macam ni.


"Saya tak nak kacau orang punya periuk nasi (rezeki berniaga).


"Tapi yang ini agak melampau. Pesan ayam bakar, yang dihantar ayam rentung," katanya menerusi Facebook.


Menerusi luahan sama wanita itu turut berkongsi sekeping foto menunjukkan menu ayam bakar.


Namun malangnya kulit ayam pada bahgian paha yang diterima kelihatan terlalu hitam dipercayai sebagai kesan hangit terbakar.


Foto: FB




Bersama-sama ayam bakar itu ialah nasi putih, tauhu goreng, tempe, ulam-ulaman dan sambal belacan.


Tambah Natasha yang dipercayai berasal dari Kuching, Sarawak, lebih membuatkan dia kecewa apabila makanan yang dipesan itu adalah untuk ibu bapanya.


"Kalau untuk saya mungkin masih dapat berdiam diri. Ini tempahan untuk mak ayah," katanya penuh kecewa.


Hantaran pastinya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut marah dengan sikap peniaga.


Mereka turut berasa hairan bagaimana segelintir golongan peniaga yang tidak jujur dalam mencari rezeki.


"Siapa cef dia ni? Pandai ke tak panggang ayam?


"Confident level tinggi masa pack order.


"Kalau saya hidangkan macam ni mesti kena complaint sampai viral.


"Jangan pernah hidangkan dekat orang lain apa yang kita tak akan makan," komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 09:28 AM | Show all posts
tiada keberkatan kalau niaga mcm ni, lambat laun akan bangkrap juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 20-9-2023 09:28 AM
tiada keberkatan kalau niaga mcm ni, lambat laun akan bangkrap juga

Tak baik doakan Suku Melayu camtu...busuk² Melayu kiter.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kulit dia je kot yg hitam
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin selama ni peniaga tu masak ok jer. Kebetulan pulak satu ni terhangit. Itupun kat kulit ayam tu jer. Kena viral pulak. Orang Malaysia rajin betul viral hal remeh camni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 10:18 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-9-2023 09:36 AM
Tak baik doakan Suku Melayu camtu...busuk² Melayu kiter.

melayu, cina, keling my ass
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kulit aje yg rentonh tu. Dah namanya ayam bakar kan. Pat peha tu memang kena masak lama sikit supaya pat dalam masak. Kau  try makan dulu ayam tu. Ni belum apa2 dh up gambar. Dah biasa pegi makan snap gambar dulu kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar pakai arang rupa gitule.. apoo tak reti meh.. mesti tak pernah pelekat api khuenz..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 11:33 AM | Show all posts
erm tp kalo wa buang kulit, isi wa makan je.

kalo wa bakar ayam pakai arang mmg akan ada ayam cam tu

tp bg peniaga, ko kene jaga kualiti, kalo boleh tanya la pelanggan, boleh ke tak?

atau ko makan la sendiri ayam  kulit terbakar tu, yg elok je ko jual


pelanggan ni ada macam2 perangai..tak semua boleh terima

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai mana....alang alang nak viral..viralkan kedai tuh sekali...baru lah netizen boleh double check sblm menilaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:34 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.151965 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list