View: 16612|Reply: 13
|
"Penduduk Sudah Berdamai Dengan Alam," Wanita Cuci Pinggan Belakng Rumah Sambil Ditemani Buaya
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sebuah video tular memaparkan seorang wanita mencuci pinggan sambil ‘ditemani’ seekor buaya yang berlegar di bawah sebuah rumah air.
iNews melaporkan, video itu dipercayai dirakam di Kepulauan Anambas, wilayah Riau.
Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat tekun mencuci pinggan di bahagian belakang sebuah rumah yang didirikan di atas air.
Foto: inews
Air jernih jelas memaparkan seekor buaya sedang berenang dan berlegar-legar di sekitar rumah tersebut.
Sesekali, wanita berkenaan melempar sesuatu ke arahnya dan disambar oleh reptilia itu.
Menurut keterangan video tersebut, meskipun kelihatan berbahaya, situasi seperti itu biasa dilihat di lokasi berkenaan.
“Ini pemandangan biasa di Anambas. Meskipun aksi ini berbahaya, namun penduduk sudah berdamai dengan alam. Bagaimanapun, penduduk tetap berhati-hati ketika melakukan aktiviti berhampiran air,” kata kenyataan tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Tetap perlu berhati-hati kerana naluri haiwan sukar dijangka. Ia boleh menyerang bila-bila masa sahaja,” kata seorang netizen.
“Wanita itu sudah biasa berhadapan dengan ‘buaya darat’ yang lebih menakutkan. Jadi, dia sudah tidak berasa takut dengan buaya air,” kata pengguna lain. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah akhir zmn kee.. akhir zaman sgt sgt.. semua binatang buas jinakk.. |
|
|
|
|
|
|
|
video itu dipercayai dirakam di Kepulauan Anambas, wilayah Riau.
Correction! Kepulauan Anambas dalam wilayah Kepulauan Riau. Letaknya kepulauan Anambas ialah luar sikit dari Pulau Tioman arah ke Borneo.
Wilayah Riau di Sumatera.
|
|
|
|
|
|
|
|
ohhh. tapi once binatang liar mmg ada naluri pemangsa dia tu.... hati2...
ramai je penjaga haiawan liar kat zoo kena ngap oleh haiwan liar ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya membasuh pinggan sambil ditemani abang buaya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lantai bocor jatuh bawah la x pasal jd lauk,
tpkan kalau diorg buang air,ade x buaya tadah kat bawah |
|
|
|
|
|
|
|
wa baru google map, betul la kt laut china selatan, mcm lebih hampir kepada sarawak je,,
ada member wa pernah cerita pasal pulau ni, tak igt psl apa
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la , seram beb, kalo terjatuh...abis haha
|
|
|
|
|
|
|
|
orang melayu, slang campur2 Pahang, Terengganu, Sarawak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ha, betul, baru aku igt kita cakap pasal pa,
member aku ni org ganu dia cakap orang pulau ni ada slang terengganu, padahal jauh dr ganu...
tak silap dekat2 dgn pulau natuna ni...
gila kental nelayan ganu dulu, punya la jauh belayar..
barang baik ni hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 20-9-2023 08:33 AM
comelnya membasuh pinggan sambil ditemani abang buaya
Biasanya kalau basuh pinggan atau siang ikan ada bam oyen tunggu kat luar tingkap dgn muka seposen dia tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|