|
KAPTEN KL City, Paulo Josue (kanan) di asak pemain Sri Pahang, Kevin Ingreso ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Kuala Lumpur: Pasukan Sri Pahang FC tidak mahu terus meratapi kekalahan di tangan Kuala Lumpur City (KL City) apabila bersedia memberi tentangan sengit pada pertemuan kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur 24 September ini.
Walaupun beraksi di laman sendiri, namun pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui KL City bukan mudah untuk dijinakkan terutamanya mereka terkenal dengan kepakaran beraksi pada perlawanan penting.
Beliau berkata, barisan pemain Sri Pahang tidak perlu terus meratapi kekalahan pada pertemuan pertama malam tadi apabila perlu lebih bersedia menggempur kubu KL City dalam usaha mencari gol awal perlawanan.
"Walaupun kita kalah kepada penalti saja namun perkara itu sudah berlaku dan perlu lebih positif dan pandang ke depan supaya lebih bersedia untuk perlawanan akan datang.
"Satu gol nampak bekalan tipis namun ia juga boleh jadi sebagai faktor kemenangan kepada KL City apabila bertandang ke Stadium Darul Makmur.
"Perkara penting adalah kita dapat jaringkan gol awal untuk menyamakan kedudukan supaya perlawanan tidak akan beri tekanan pada Sri Pahang," katanya.
Pada perlawanan malam tadi menyaksikan skuad The City Boys membawa bekalan tipis selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menentang Sri Pahang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Gol tuan rumah dijaringkan Romel Morales menerusi sepakan penalti selepas pertahanan Sri Pahang Syazwan Andik yang mengasari Paulo Josue pada minit 72.
Sementara itu, jurulatih berasal dari Singapura itu berkata, peluang Sri Pahang masih lagi terbuka dan akan melakukan terbaik dalam usaha memastikan skuad Tok Gajah mampu melangkah ke pusingan separuh akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... us-ratapi-kekalahan |
|