|
Cristiano Ronaldo, yang kini bersama Al-Nassr, menuntut bekas kelabnya, Juventus melunaskangaji tertunggaknya sejumlah 17.15 juta pound (RM99.50 juta). - Foto AFP
TURIN: Cristiano Ronaldo akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum melunaskan gaji tertunggaknya ketika pandemik COVID-19.
Penyerang Portugal itu menuntut 17.15 juta pound (RM99.50 juta), jumlah yang dijanjikan kelab apabila dia bersetuju menangguhkan gajinya semasa perintah berkurung.
Pemain-pemain Juventus bersetuju menangguhkan pembayaran gaji mereka sehingga empat bulan ketika pandemik bagi membantu kelab yang bergelut dengan masalah kewangan.
Kini Ronaldo, yang bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, mahu menuntut wang berkenaan dan meminta dokumen berkaitan daripada pejabat Pendakwaraya Awam Turin.
Pemain 38 tahun itu meninggalkan Juventus pada Ogos 2021 untuk menyertai Manchester United sebelum ditamatkan kontraknya akhir tahun lalu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... unas-tunggakan-gaji |
|