View: 9321|Reply: 0
|
Chelsea ada 14, 15 pemain jumpa Bournemouth - Pochettino
[Copy link]
|
|
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengarahkan pemainnya Cole Palmer ketika menentang Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal bulan ini. – Foto REUTERS
LONDON: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui kecederaan buku lali yang menyaksikan pemain baharu Romeo Lavia terpaksa direhatkan selama beberapa minggu satu "situasi sedih" buat pasukannya.
Pochettino menunggu untuk mengetahui berapa lama beliau tanpa khidmat Lavia selepas pemain tengah Belgium itu terseliuh ketika latihan minggu lalu.
Dibimbangi pemain berusia 19 tahun itu mungkin terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya enam minggu, sekali gus menyukarkan usaha Pochettino untuk membantu kebangkitan Chelsea selepas permulaan buruk mereka musim ini.
Seorang daripada pembelian besar Chelsea sejak Pochettino mengambil alih pada hujung musim, Lavia masih belum melakukan penampilan sulungnya susulan perpindahan bernilai £58 juta (RM336 juta) dari Southampton.
"Kami amat kecewa kerana dia berlatih dengan amat bagus minggu lalu," kata Pochettino kepada wartawan semalam.
"Dia terseliuh buku lali dan kini kami perlu menunggu hingga Isnin ini untuk mengetahuinya daripada doktor.
"Kami harap ia bukan isu besar. Ia amat mengecewakan. Ia satu situasi sedih kerana dia hampir cergas untuk terbabit dengan pasukan. Kami perlu menilainya semula."
Lavia bukan satu-satunya pemain yang tidak boleh beraksi dan Chelsea sekali lagi turun tanpa tiga pemain yang mengalami kecederaan - Reece James, Armando Broja dan Benoit Badiashile - menentang Bournemouth malam esok.
"Skuad kami amat kecil ketika ini. Kami akan berdepan Bournemouth dengan 14 atau 15 pemain. Kini amat penting buat pemain yang baru pulih untuk lebih kompetitif," kata Pochettino.
Chelsea meraih hanya empat mata daripada empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini dan menghuni tangga ke-12 dalam liga. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... rnemouth-pochettino |
|
|
|
|
|
|
| |
|