CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9024|Reply: 0

Aksi 'final awal' di Kuala Terengganu

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Tan Cheng Hoe (kiri), dan Tomislav Steinbruckner.

KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) dan Selangor berdepan 'final awal' dalam saingan Piala Malaysia apabila dua pasukan gergasi itu akan membuat perhitungan di pentas suku akhir pertama, malam ini.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, TFC mungkin memiliki sedikit kelebihan berbanding Selangor yang memiliki rekod kurang baik dalam pertembungan di Kuala Terengganu.

Malah, pertembungan itu menjadi aksi pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas berehat hampir tiga minggu susulan rehat antarabangsa.

Bakal mendapat sokongan puluhan ribu penyokong sendiri, TFC harus menggunakan kelebihan itu untuk meraih bekalan selesa bagi dibawa ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada aksi timbal balik, 24 September ini.



Perancangan terbaik perlu direncana Tomislav Steinbruckner selain skuad Penyu juga wajib mengelak daripada sebarang kesilapan mudah yang boleh menyumbang bekalan dari gelanggang lawan buat Selangor.

Jika dinilai dari prestasi dan kedudukan dalam Liga Super, ia lebih memihak kepada Selangor yang turut pernah mengalahkan TFC 5-1 dalam pertembungan, April lalu di Stadium MBPJ.

Namun, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berdepan keputusan kurang baik dalam Piala Malaysia apabila tewas 1-2 kepada pasukan kerdil, PDRM ketika aksi kedua pusingan 16 terbaik, bulan lalu.

Keputusan buruk itu mungkin tidak boleh dijadikan modal jaminan buat skuad Penyu untuk meraih kemenangan mudah kerana Selangor dilihat sudah kembali ke landasan kemenangan terutama selepas membelasah Kelantan 11-2 dalam saingan Liga Super.

Perlawanan malam ini juga bakal menyaksikan pertembungan penyerang TFC, Ivan Mamut dan mesin gol Selangor, Ayron Del Valle yang pasti menjadi harapan utama buat pasukan masing-masing untuk merobek gawang lawan.

Mamut sudah meledak tiga gol dalam dua aksi Piala Malaysia musim ini, manakala Ayron yang memegang kedudukan teratas carta penjaring terbanyak Liga Super 2023 mengumpul dua gol untuk saingan Piala Malaysia.

Justeru, tugas penting ketika ini terpaksa dipikul barisan pertahanan skuad Penyu dan Gergasi Merah untuk mengekang dua penyerang itu daripada mendapatkan bekalan gol buat pasukan mereka.
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-kuala-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.305869 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list