|
Everton bakal tukar pemilik
777 Partners bersetuju untuk mengambil alih 94 peratus pegangan saham Everton. FOTO REUTERS
Liverpool: Everton bakal menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaharu jatuh ke tangan Amerika Syarikat (AS) selepas Farhad Moshiri mencapai persetujuan dengan firma pelaburan 777 Partners untuk mengambil alih 94 peratus pegangan sahamnya.
Ahli perniagaan Britain-Iran, Moshiri mencari pelabur untuk membantu menyiapkan stadium baharu kelab berkapasiti 53,000 di Bramley-Moore Dock, yang akan dibuka musim depan.
777 Football Group sudah memiliki atau memegang kepentingan di Sevilla, Genoa, Hertha Berlin, Standard Liege, Red Star Perancis dan Melbourne Victory.
"Era pemilikan nampaknya sudah tidak sesuai dan kelab gergasi kini biasanya dimiliki oleh firma PE (ekuiti persendirian) yang mempunyai sumber yang baik, pakar pelaburan sukan atau syarikat dan dana yang disokong kerajaan.
"Melalui perbincangan panjang saya dengan 777... saya percaya mereka adalah rakan kongsi terbaik untuk membawa kelab hebat kami maju ke hadapan," kata Moshiri.
Sejak menjadi pemegang saham majoriti pada 2016, Moshiri membelanjakan lebih daripada £500 juta (RM2.9 bilion) untuk pembelian pemain baharu dengan sedikit kesan positif.
The Toffees berjaya mengelak daripada tersingkir sejak dua tahun lalu dan hanya meraih satu mata daripada empat perlawanan pembukaan EPL musim ini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bakal-tukar-pemilik
|
|