CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 653|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mohon elaun imam, bilal selari gaji minimum

[Copy link]
Post time 14-9-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Kerajaan diminta meneliti semula elaun imam dan bilal yang ketika ini berada di bawah paras gaji minimum.

Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) berkata, penelitian itu bagi membolehkan kadar elaun dinaikkan sekurang-kurangnya selari dengan paras gaji minimum sedia ada.

"Saya baru terima aduan, mereka (imam dan bilal) ini dibayar di bawah paras gaji minimum, masing-masing RM750 bagi imam, manakala RM650 untuk bilal.

"Saya mohon kerajaan mengkaji semula bayaran elaun kepada imam dan bilal, sekurang-kurangnya (dinaikkan kepada) RM1,500 bagi bilal dan RM1,800 untuk imam.

"Sekiranya kita kekalkan (amaun elaun sedia ada), bermakna kerajaan tidak melaksanakan dasar gaji minimum yang dilaungkan selama ini," katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Suhaili juga memohon Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berlaku adil dengan meluluskan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang.

"Saya doakan supaya niat Perdana Menteri dalam usaha menambah baik tadbir urus dan meningkatkan sumber pendapatan negara dan rakyat serta memartabatkan tatakelola, tercapai.

"Namun, untuk permulaan yang baik, berlaku adillah sesama manusia terutama dalam kalangan saudara seagama.

"Justeru, dalam membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK12 ini, saya memohon supaya PM merangkap Menteri Kewangan supaya meluluskan peruntukan ahli Parlimen pembangkang demi membantu rakyat di kawasan masing-masing," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... selari-gaji-minimum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049208 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list