CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 0

[Selangor] Dedah dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian

[Copy link]
Post time 14-9-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Pelakon, Serene Claire terpaksa mendiamkan diri selama beberapa bulan kerana trauma menjadi mangsa gangguan seksual seorang Youtuber terkenal.

Dakwa Serene, pempengaruh yang namanya dirahsiakan itu memberi alasan ingin menggambil swafoto bersama sebelum tiba-tiba menyentuh bahagian dada Serene.

Merasakan perkara itu keterlaluan, Serene berkongsi pengalaman buruknya di media sosial dan meminta wanita untuk berhati-hati. Perkongsiannya tular dan ramai mendedahkan pernah menjadi mangsa.

“Saya akui trauma sehingga terpaksa berdiam diri dalam masa beberapa bulan. Media mencari saya tetapi saya pilih untuk berdiam diri kerana bimbang pelaku menyerang saya dan keluarga.

“Dalam masa sama, ada produk batalkan kerjasama kami. Mereka anggap perkongsian saya itu sebagai reputasi buruk,” dakwanya.

Serene ditemui Utusan Malaysia di sidang media drama Gadis Muzikal di Sri Pentas baru-baru ini.

Namun begitu, pemenang tempat kedua Miss Universe 2020 itu mengakui kecewa kerana ada pihak yang mempertikaikan pemdedahannya selain menuduhnya segaja mencari publisiti murahan.

“Saya terkejut dalam zaman moden ini wanita masih didiskriminasi dan ditindas sedangkan saya bersuara untuk mempertahankan hak mangsa.

“Ada pihak yang menuduh saya sengaja memuat naik luahan dalam laman sosial kerana inginkan perhatian.

“Ketika itu saya buntu dan jujur saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tujuan saya buat demikian supaya wanita lain berhati-hati malah dalam hantaran itu saya tidak sebut pun nama sesiapa,” katanya.

Merasakan pemahaman mengenai gangguan seksual dalam masyarakat masih berkurang, aktres itu kini lebih lantang bercakap tentang kesedaran tentang hak asasi wanita.

“Selepas kejadian tersebut, saya mencari pertubuhan wanita untuk bekerjasama dengan mereka bagi memperjuangkan hak wanita.

“Saya memang berminat untuk berkerjasama dengan mana-mana badan yang memperjuangkan hak asasi wanita supaya lebih ramai yang berani tampil bersuara,” tutur gadis asal Johor Bahru itu.
https://www.utusan.com.my/nasion ... h-dahaga-perhatian/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074610 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list