CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 0

Kelab EPL risau pemain cedera

[Copy link]
Post time 14-9-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

ARSENAL memantau perkembangan tahap kecergasan pemain pertahanan Brazil, Gabriel (kanan). FOTO REUTERS

London: Rehat awal bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa kerap merisaukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mahu mengelak masalah pemain cedera sehingga menjejaskan momentum awal.

Semua 20 kelab EPL akan kembali ke padang hujung minggu ini, dengan kebanyakannya aksi kelima liga.

Pendahulu yang juga juara bertahan, Manchester City akan berkunjung ke West Ham yang masih belum tewas manakala Manchester United mahu bangkit selepas kekalahan di tangan Arsenal apabila melayan Brighton di Old Trafford.

Liverpool akan berkunjung ke Wolves pada Sabtu manakala Arsenal bertandang ke Everton pada aksi Ahad.

Beberapa pasukan sudah dihimpit masalah kecederaan terutama Chelsea yang kehilangan pemain ditandatangani pada musim panas, Christopher Nkunku untuk tempoh panjang.

Bagaimanapun, aksi pemain bersama skuad kebangsaan mereka di pentas antarabangsa terus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengurus.

Difahamkan, 103 pemain EPL tidak dapat bermain perlawanan berikutnya sama ada kerana masalah kecederaan atau penggantungan perlawanan.

Beberapa pemain tidak beraksi bersama skuad kebangsaan mereka kerana cedera termasuk pemain baharu United, Sofyan Amrabat dan bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Manakala sebahagian lagi pemain berdepan masalah kecergasan ketika bersama skuad kebangsaan.

Ia termasuk empat pemain Arsenal iaitu Mohamed Elneny (lutut), Thomas Partey (pangkal paha), Gabriel (paha) dan Jurrien Timber (lutut).

Masalah Chelsea paling besar apabila 10 pemainnya cedera iaitu Marcus Bettinelli (lutut), Armando Broja (lutut), Carney Chukwuemeka (lutut), Wesley Fofana (lutut), Romeo Lavia (pergelangan kaki/jari) dan Nkunku (lutut).

Selain itu, Benoit Badiashile (paha), Trevoh Chalobah (paha), Reece James (paha) dan Mykhaylo Mudryk (betis dan tumit).

Tiga pemain City dijangka tidak dapat beraksi iaitu Kevin De Bruyne (paha), Jack Grealish (paha) dan John Stones (paha).

United berdepan masalah kehilangan 10 pemain seperti Amad (lutut), Antony (diberi pelepasan seketika), Tom Heaton (betis), Kobbie Mainoo (pergelangan kaki/jari), Tyrell Malacia (lutut), Luke Shaw (kecederaan lain) dan Raphael Varane (kecederaan lain).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... risau-pemain-cedera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.350001 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list