CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1770|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dakwa disamun, alasan tangguh perkahwinan

[Copy link]
Post time 14-9-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Seremban: Buat laporan polis kononnya disamun empat lelaki dan mengalami kerugian sebanyak RM9,000 dengan harapan dapat menangguhkan majlis perkahwinannya.

Bagaimanapun, alasan direka seorang penghantar makanan berusia 22 tahun itu dapat dihidu polis selepas mendapati laporan yang dibuatnya malam tadi adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki berkenaan kira-kira jam 10 malam memaklumkan dia disamun empat lelaki.

"Kejadian dikatakan berlaku berhampiran sebuah kuil di Rantau, di sini. Lelaki ini memaklumkan kehilangan wang tunai berjumlah RM9,000 bersama kad pengenalan.

"Hasil soal siasat mendapati ia tidak berlaku dan pengadu mendakwa kehilangan wang tunai sebanyak RM9,000 sebenarnya kerana ingin menangguhkan majlis perkahwinan disebabkan belum cukup duit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan identiti terhadap lelaki itu mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian urin juga negatif.

Dalam kes berlainan, Arifai berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun membuat laporan polis memaklumkan disamun dua lelaki di hadapan sebuah medan selera dekat Taman Permai, di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi.

"Menurut laporan, lelaki yang bekerja sebagai kontraktor itu mendakwa kehilangan barang berharga dan MyKad.

"Hasil soal siasat mendapati kejadian samun tidak berlaku dan dia membuat laporan palsu supaya dapat membuat kad pengenalan tanpa membayar denda.

"Semakan rekod mendapati pengadu mempunyai empat laporan kehilangan MyKad selain mempunyai rekod kesalahan dadah.

"Ujian saringan air kencing yang dibuat terhadapnya mendapati ia positif dadah jenis methaphetamine," katanya.

Arifai memaklumkan, kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang membuat laporan polis palsu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tangguh-perkahwinan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042251 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list