CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1352|Reply: 0

Layak ke Piala Asia bukan kerana 'untung sabut'

[Copy link]
Post time 14-9-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Layak ke Piala Asia bukan kerana 'untung sabut'





MUHAMMAD Azim Al Amin. FOTO FB FAM


Sepang: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) bukan lagi bermimpi di siang hari apabila berjaya mengikuti jejak langkah 'abang' mereka untuk beraksi di pentas Piala Asia tahun depan.

Walaupun ada kata-kata sinis yang melihat kemaraan skuad muda negara hanyalah kerana untung sabut timbul, untung batu tenggelam namun kejayaan itu sebenarnya hasil komitmen tingi pemain terutamanya ketika aksi awal Kumpulan H bertemu Bangladesh dan Filipina.

Penjaga gol B-23 negara, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin berkata, rezeki tidak pernah salah alamat dan seluruh pasukan patut meraikan kejayaan kali ini.

"Perjalanan pasukan kali ini cukup mendebarkan kerana keputusan (layak atau tidak) keluar pada saat akhir. Malam tadi semua orang tunggu perlawanan lain habis dan pada mulanya kami ingatkan tidak mampu layak kerana Australia seri dengan Tajikistan.

"Apabila layak, semua keluar bilik, ada yang menjerit (raikan kejayaan layak ke pusingan akhir). Tidak ada nak cakap apa (tentang andaian layak kerana nasib) kerana semua ini adalah rezeki dari Allah," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Skuad B-23 negara sah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung 15 April hingga 3 Mei tahun depan selaku empat pasukan naib juara terbaik.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kerana-untung-sabut

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068064 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list