CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3122|Reply: 0

[Johor] Ibu maut, 3 anak selamat dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 13-9-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Kebakaran membabitkan tiga bangunan rumah kedai di Jalan Senyum, Kampung Wadi Hana, Johor Bahru, awal pagi hari ini. Foto ihsan Bomba

JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut, manakala tiga anaknya sesak nafas kanak dalam kebakaran membabitkan tiga bangunan rumah kedai di Jalan Senyum, Kampung Wadi Hana, di sini awal pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.53 pagi.

Beliau berkata, seramai 49 anggota dari BBP Larkin, BBP Tebrau, BBP Johor Jaya dan BBP Kempas dibantu lapan jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran membabitkan tiga bangunan rumah kedai dua tingkat jenis separuh kekal. Bangunan pertama membabitkan kedai dan lima pintu bilik sewa terbakar kira-kira 70 peratus.



"Bangunan kedua pula mengandungi sebuah kedai dan lima pintu bilik sewa terbakar kira-kira 90 peratus, manakala bangunan ketiga sebuah kedai dan tiga pintu bilik sewa terbakar 65 peratus," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, empat mangsa sekeluarga terperangkap di sebuah bilik berjaya diselamatkan iaitu seorang wanita berusia 53 tahun bersama tiga anaknya berusia antara tujuh, 18 dan 21 tahun, sebelum

dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk rawatan akibat sesak nafas.

"Bagaimanapun wanita berstatus penduduk tetap berkenaan meninggal dunia dirawat.

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 9.25 pagi tadi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... mat-dalam-kebakaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 1.264026 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list