CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Konon mahu bantu cari kerja, remaja diliwat rakan

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Niat remaja lelaki ingin mencari pekerjaan selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi dalam talian bertukar episod malang apabila 'dikurung' di dalam rumah suspek sebelum diliwat beberapa kali.

Kejadian malang menimpa mangsa berusia 18 tahun itu bermula apabila dia mengenali suspek melalui aplikasi dalam talian pada Julai lalu sebelum lelaki berjanji akan membantunya mencari pekerjaan.

Menurut sumber, selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek kemudian bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil.

"Mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan, d sini, dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.

Sumber berkata, seperti dijanjikan suspek membawa mangsa ke pasar raya itu untuk mencari pekerjaan terbabit sebelum membawanya pulang semula ke rumah lelaki itu selepas itu.

"Bagaimanapun ketika berada di rumah suspek mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang.

"Malah dia dikurung di rumah terbabit selama 10 hari di mana sepanjang itu mangsa turut diliwat beberapa kali," katanya.

Menurut sumber, mangsa kemudian diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.

"Mangsa yang trauma dan ketakutan hanya menceritakan kejadian itu kepada keluarganya baru-baru ini sebelum mereka membawanya membuat laporan polis kelmarin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

"Kita dalam proses pengesahan keterangan mangsa dan menunggu hasil pemeriksaan doktor," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emaja-diliwat-rakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.074804 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list