CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kelewatan komuter disebabkan kerja naik taraf

[Copy link]
Post time 13-9-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Komuter.

Kuala Lumpur: Isu gangguan atau kelewatan waktu perjalanan perkhidmatan komuter kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah disebabkan pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa Satu dan Dua.

Ketua Pegawai Korporat KTMB Mohamed Suhaimi Yaacob berkata kerja-kerja menaik taraf terpaksa mengambil tempoh yang lama disebabkan perkhidmatan operasi tren tidak dihentikan sepenuhnya.

" ... apabila ia berlaku serentak (kerja naik taraf dan operasi tren), sudah pasti akan memberi kesan kepada jadual waktu perjalanan komuter sehingga ada yang perlu dibatalkan, namun kita akan gantikannya dengan perjalanan tren seterusnya.

"Buat masa ini, kita meletakkan kekerapan tren komuter pada waktu puncak ialah 30 minit dan kita berharap ia akan kembali semula kepada 15 minit selepas kerja-kerja naik taraf ini selesai," katanya kepada pemberita selepas memeterai perjanjian kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) antara KTMB dengan AirAsia Ride di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Mohamed Suhaimi mewakili KTMB dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride Lim Chiew Shan.

Fasa pertama KDVT, yang bermula pada 2016, membabitkan naik taraf sistem kerja antara Rawang dan Seremban dan dari Sentul ke Pelabuhan Klang bagi jarak sejauh kira-kira 150 kilometer (km), dijangka siap hujung tahun ini.

KVDT2 pula yang bermula awal tahun ini, membabitkan usaha baik pulih dan naik taraf landasan kereta api KTMB sejauh 265 km meliputi kawasan dari Salak Selatan ke Seremban dan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, dan dijangka siap pada 2027.

Sementara itu, Mohamed Suhaimi berkata pengguna KTMB untuk perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter berpeluang menikmati pilihan lebih baik untuk ke atau dari 80 stesen KTM di Lembah Klang dan Wilayah Utara melalui kolaborasi strategik bersama AirAsia Ride.

"Kita mengalu-alukan kerjasama bersama penyedia perkhidmatan e-hailing bagi mengoptimumkan 'first and last mile connectivity' kepada penumpang.

"Perkongsian ini menggariskan komitmen kita untuk menyediakan bukan sahaja perkhidmatan tren, tetapi juga melancarkan perjalanan ke destinasi tanpa kebimbangan," katanya.

Bagi meraikan kerjasama itu, AirAsia Ride akan memberikan diskaun RM3 sehala kepada pengguna KTMB dari atau ke 80 stesen KTM di Lembah Klang dan Wilayah Utara yang memberikan penjimatan hingga RM6 sehari bermula hari ini hingga Ogos 2024, dengan memasukkan kod promo KTMRIDE bagi menikmati diskaun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-kerja-naik-taraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.036781 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list