View: 2872|Reply: 0
|
Pogba tiada niat ambil bahan terlarang
[Copy link]
|
|
PAUL POGBA
MILAN: Ejen Paul Pogba menegaskan, bintang tengah Juventus itu tidak berniat melanggar peraturan selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan pengelola Serie A.
Ujian darah yang dilakukan terhadap penyerang berusia 30 tahun itu selepas kemenangan 3-0 ke atas Udinese pada 20 Ogos lalu menunjukkan tahap testosteron dalam badannya sangat tinggi dan tidak normal.
Pogba tidak beraksi dalam perlawanan tersebut tetapi dipilih untuk menjalani ujian rawak.
Sampel B pemain Perancis itu akan dianalisis dalam beberapa hari dan Juventus juga mengambil pendekatan menggantungnya buat sementara.
“Kami sedang menunggu keputusan analisis balas dan tidak boleh berkata apa-apa sehingga itu.
“Satu-satunya perkara yang pasti, Pogba tidak pernah berniat untuk melanggar peraturan,” kata ejen Pogba, Rafaela Pimenta.
Sementara itu, Juventus akan menilai langkah yang perlu diambil bagi mempertahankan Pogba, termasuk mengandaikan bahan terlarang tersebut telah mencemari bahan lain yang diambil secara tidak sengaja.
Menurut Tribunal anti-doping Itali, Nado, Pogba digantung sementara berkuat kuasa serta-merta. Dia boleh digantung sehingga empat tahun jika disabitkan bersalah.
Pogba hanya membuat dua penampilan untuk Juventus musim ini, kedua-duanya dari bangku simpanan.
Kepulangannya dari Manchester United tahun lalu penuh kesukaran akibat kecederaan dan isu luar padang. Pemenang Piala Dunia 2018 itu hanya beraksi enam kali dalam Serie A musim lalu.
Dia menyertai kelab Itali itu untuk tempoh kedua pada Julai 2022 selepas meninggalkan United sebagai ejen bebas.
Selain berdepan isu kecederaan, Pogba didakwa menjadi sasaran plot pemerasan bernilai 11.3 juta pound (RM66.08 juta) oleh abangnya Mathias dan rakan-rakan zaman kanak-kanak.
Pogba berkata, insiden itu membuatkan dia mempertimbangkan untuk meninggalkan bola sepak.
“Wang mengubah orang… ia boleh memecah belahkan keluarga. Ia boleh mencetus perang. Kadang-kadang saya berfikir. saya tidak mahu memiliki wang lagi.
“Saya tidak mahu bermain lagi. Saya hanya mahu bersama orang biasa, jadi mereka menyayangi saya seadanya saya, bukan kerana kemasyhuran atau wang,” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... il-bahan-terlarang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|