CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2254|Reply: 0

Berkahwin hanya selepas bersara

[Copy link]
Post time 13-9-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Berkahwin hanya selepas bersara

HEUNG-min patuh nasihat bapa.


London: Kapten Tottenham Hotspur Son Heung-Min mempunyai peraturan ketat perkahwinan yang diwarisi daripada bapanya.

Bapa Heung-min, Son Woong-jung yang juga bekas pemain profesional mendidik anaknya dengan tegas dan mengerah bintang Korea Selatan itu berlatih empat jam sehari ketika zaman remajanya.

Tetapi peringatan paling diingati bekas pemain Hamburg dan Bayer Leverkusen itu ialah jangan berkahwin selagi belum bersara daripada sukan bola sepak.

Ayahnya berpendapat karier perlu diutamakan dan Heung-min bersetuju dengannya.

"Bapa saya memperkatakannya dan saya bersetuju," kata Heung-min ketika ditemui wartawan semalam.

"Apabila anda berkahwin sudah tentu nombor satu keluarga, isteri dan anak. Kemudian baru bola sepak. Saya mahu pastikan ketika saya beraksi pada tahap tertinggi, bola sepak nombor satu. Anda tidak tahu berapa lama anda boleh kekal pada tahap tertinggi.

"Apabila anda bersara atau ketika berusia 33 atau 34 tahun, anda masih boleh mempunyai masa panjang bersama keluarga."

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nya-selepas-bersara

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.032015 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list