View: 2196|Reply: 0
|
Southgate tetap pertahan Maguire walaupun jaring gol sendiri
[Copy link]
|
|
Southgate tetap pertahan Maguire walaupun jaring gol sendiri
MAGUIRE (kanan) tertampan bola ke dalam gawang sendiri ketika England menang 3-1 ke atas Scotland pada perlawanan persahabatan, hari ini. FOTO REUTERS
Glasgow: Pengurus England, Gareth Southgate mempertahankan Harry Maguire selepas penyokong Scotland mengutuk pemain pertahanan itu yang menjaringkan gol sendiri ketika England menang 3-1 pada aksi persahabatan di Hampden Park.
Maguire yang masuk ketika rehat bagi menggantikan Marc Guehi yang cedera, dicemuh penyokong Scotland setiap kali dia mendapat bola.
Malah, pemain pertahanan Manchester United itu memberi harapan kepada Scotland untuk merapatkan kedudukan apabila tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-67.
Sebelum itu, England mendahului 2-0 menerusi jaringan Phil Foden pada minit ke-32 dan Jude Bellingham pada minit ke-35.
"Sejujurnya, terdapat layanan mengarut terhadapnya (Maguire) untuk tempoh yang panjang," kata Southgate selepas perlawanan.
"Ia adalah lawak jenaka. Saya tidak pernah kenal pemain yang dilayan sepertinya bukan saja oleh penyokong Scotland, tetapi pengulas perlawanan kami dan pengkritik, mereka mencipta sesuatu yang tidak pernah saya lihat."
Maguire, 30, dilucutkan jawatan kapten di United pada Julai lalu dan bergelut untuk berada dalam kesebelasan utama di Old Trafford.
Bagaimanapun, Southgate mengekalkan kepentingan bek tengah itu bersama England apabila diturunkan pada semua perlawanan kelayakan Euro 2024.
"Dia menjadi tonggak penting kami bagi pasukan kedua England yang paling berjaya sejak beberapa dekad lalu. Dia memang pemain penting kami," kata Southgate.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -jaring-gol-sendiri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|