CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2953|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu jual 'sorok-sorok' plat klasik, SPRM turut siasat

[Copy link]
Post time 12-9-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode

SPRM akan 'masuk' untuk melakukan siasatan berkaitan isupendaftaran nombor plat klasik kenderaan di JPJ sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah. FOTO Arkib BERNAMA

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan 'masuk' untuk melakukan siasatan berkaitan isu pendaftaran nombor plat klasik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, suruhanjaya itu akan meneliti perkembangan dakwaan salah laku itu melalui siasatan dijalankan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan berhubung isu berkenaan.

"Setakat ini kita serahkan siasatan kepada pasukan petugas khas yang diwujudkan berhubung dakwaan itu. Kita akan tengok sama ada wujud elemen salah guna kuasa atau rasuah wujud barulah kita masuk," katanya ketika ditemui di sini, tadi.

Pada 8 September lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.

Ia rentetan pendedahan dokumen dikenali sebagai "JPJandora Papers" melalui saluran Telegram yang mendakwa wujud skandal di jabatan itu apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-sprm-turut-siasat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.038031 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list