CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2190|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Rogol berkumpulan: Abang ipar turut memperkosa mangsa

[Copy link]
Post time 12-9-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Abang ipar kepada wanita yang dirogol berkumpulan di sebuah rumah pada bulan lalu turut dipercayai memperkosa mangsa.

Suspek berusia 29 tahun dipercayai merogol adik iparnya yang berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashaari Abu Samah berkata, susulan itu pertuduhan sebelum ini akan dipinda di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Turut dituduh, empat lagi suspek yang ditahan selepas mendapat arahan dari Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ashaari dilaporkan berkata, empat suspek berusia 25 hingga 32 tahun dipercayai terbabit dalam kes rogol berkumpulan seorang wanita di Wangsa Maju di sini, pada 30 Ogos lalu ditahan dalam operasi khas pada 7 hingga 9 September lalu.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Melawati di sini kelmarin, menerusi operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

"Ia disusuli penahanan dua lelaki warga tempatan di Bachok, Kelantan manakala seorang lagi suspek ditahan di Setapak.

"Penahanan empat lelaki berkenaan menjadikan keseluruhan lima suspek ditangkap dan dipercayai terbabit dalam kes itu," katanya.

Pada 8 September lalu, abang ipar kepada mangsa didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada jam 3.30 pagi.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir tiga lelaki dipercayai rakan abang iparnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-memperkosa-mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.401606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list