CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2375|Reply: 1

[Perak] Wanita 72 tahun mangsa 'phone scam', rugi hampir setengah juta ringgit

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

PARIT BUNTAR: Seorang wanita warga emas mendakwa kerugian hampir RM500,000 akibat terpedaya dengan penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' oleh individu menyamar pegawai polis dan wakil syarikat penghantar barangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 72 tahun yang juga bekas pekerja swasta itu mula dihubungi seorang lelaki mendakwa mewakili syarikat penghantaran pada 4 Ogos lalu.

Katanya, lelaki itu mendakwa mangsa ada membuat penghantaran bungkusan yang tidak berjaya dihantar kepada penerima, dengan kandungan bungkusan itu dikatakan kad kredit, cip kad pengenalan dan kad ATM.

"Mangsa menafikan perkara itu, tetapi panggilan kemudian disambungkan kepada dua individu yang menyamar sebagai pegawai polis, masing-masing dari Ibu Pejabat Polis Ipoh dan Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek ketiga kemudian memaklumkan mangsa terbabit dengan sindiket pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram lalu mengugut untuk menangkapnya.

"Mangsa yang ketakutan mengikut semua arahan suspek, termasuk memindahkan kesemua wang miliknya ke dalam akaun bank yang diberikan bagi mengelakkan wangnya dirampas dan dibekukan.

"Bermula 8 Ogos hingga 6 September, mangsa telah melakulan sebanyak 34 transaksi pemindahan wang ke dalam 11 akaun melalui mesin ATM di Bagan Serai, Perak dan Nibong Tebal, Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, suspek berjanji akan memulangkan wang terbabit setelah selesai siasatan dan meminta wanita itu tidak memaklumkan kepada sesiapa, kononnya bagi mengelak mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Perkara itu disedari anak saudara wanita berkenaan yang datang melawatnya ketika mangsa mahu keluar rumah memindahkan wang. Atas nasihat ahli keluarga, wanita itu yang mengalami kerugian sebanyak RM485,000 membuat laporan polis, jam 11.40 pagi semalam," katanya.

Beliau memaklumkan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... tengah-juta-ringgit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 12:17 PM | Show all posts
setengah juta acik oii.. nk belanja anak mkn berkira nk mampus... bg scammer senang ja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.638082 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list