View: 1561|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Bekalan beras tempatan di Negeri Sembilan mencukupi
[Copy link]
|
|

FOTO HIASAN.
Seremban: Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan beras tempatan di pasaran mampu menampung permintaan pengguna meskipun berlaku penyusutan jumlah bekalan.
Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S Veerapan berkata, pihaknya juga mendapati tiada kenaikan harga melebihi paras ditetapkan bagi bekalan bahan mentah itu.
"Semakan dan pemeriksaan harian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Ops Jamin mendapati berlakunya kekurangan bekalan yang diterima, bagaimanapun tidak menjejaskan keberadaan beras di pasaran dan rak kedai.
"Semakan kenaikan harga juga mendapati tiada yang melangkaui atau melanggar undang-undang Anti Kawalan Harga dan Anti Pencatutan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu bekalan yang disuarakan Pasaraya Mydin, beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Jabatan Pertanian Negeri akan memberi maklum balas mengenai perkara itu.
Media sebelum ini melaporkan pasar raya itu kini hanya menerima 50 hingga 100 kampit bekalan beras tempatan sehari berbanding 1,000 hingga 2,000 kampit sebelum ini.
Veerapan juga memohon pengguna supaya tidak melakukan pembelian bekalan beras secara pukal yang bakal memburukkan lagi situasi kekurangan beras tempatan di pasaran.
"Nasihat kepada pengguna, tidak perlu buat pembelian panik. Bekalan di Negeri Sembilan walaupun kurang tetapi tidak menjejaskan keberadaan beras di pasaran dan rak kedai.
"Kerajaan negeri juga akan keluarkan beras tempatan Seri Menanti pada Disember depan yang bakal dirasmikan Menteri Besar selain kita sedang merancang untuk meningkatkan pengeluaran beras menerusi pembinaan kilang memproses beras," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sembilan-mencukupi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|