CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Arwah paling awal datang ke sekolah setiap hari - Guru

[Copy link]
Post time 9-9-2023 01:52 PM | Show all posts |Read mode

KAMISAH menunjukkan gambar arwah Muhammad Shaheizy (kanan) ketika menang kategori Pakaian Terbaik sempena sambutan Hari Kebangsaan di Pasti Al-Hassan. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: "Dia adalah murid paling awal datang ke sekolah setiap hari. Pasti kehilangannya sangat dirasai," kata guru Pasti AI-Hassan, Kamisah Abu Bakar, 44.

Muhammad Shaheizy Iman Muhammad, 4, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bersama bapa terbabit kemalangan dengan kereta di Kilometer 16 Jalan Sua Betong- Air Kuning di sini, Khamis lalu.

Kamisah berkata, arwah Muhammad Shaheizy Iman adalah murid yang pendiam.

"Baru-baru ini sempena bulan kemerdekaan pihak sekolah menganjurkan Hari Kemerdekaan dan arwah menang kategori Pakaian Terbaik bagi lelaki," katanya ketika ditemui di rumahnya di Sua Betong.

Menurutnya, arwah memang jarang bercakap kecuali bila ditanya namun dia antara pelajar yang rajin ketika di sekolah.

"Saya hanya dapat tahu kejadian selepas membuka telefon bimbit sebaik baterinya penuh namun terkejut apabila melihat deretan Whatsapp mengatakan kejadian yang menimpa arwah.

"Sebaik dapat pengesahan dari ibu arwah apa yang berlaku, saya terus bergerak ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson melihat keadaan jenazah arwah yang tidak banyak kecederaan luar tubuhnya," katanya.

Kamisah berkata, dia berharap agar keluarga arwah diberi keadilan yang setimpal atas perkara yang sudah berlaku.

"Murid sekolah Pasti AI-Hassan, Taman Desa PD tidaklah ramai, sekitar 13 pelajar dan kehilangan arwah pasti dirasai.

"Saya berharap agar keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini walaupun agak pahit untuk ditelan kerana kehilangan anak sulung mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-setiap-hari-guru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.030763 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list