CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dua penagih ditemui mati!

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode

PANGSAPURI terbiar yang kini menjadi sarang penagihan dadah.

Kuala Lumpur: Bukan saja gelandangan, malah penagih dadah turut 'menghuni' sebahagian rumah pangsa awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Jalan Kuching di sini sejak 2008.

Untuk rekod, rumah pangsa yang menjadi tumpuan gelandangan serta penagih membabitkan kuarters untuk anggota tentera.

Penduduk, Ridzwan Mohd Ali, 60, berkata, 10 blok kuarters perumahan berkenaan dibaik pulih pada awal 2008 sebelum ia ditinggalkan penghujung Disember tahun yang sama.

Ini kerana, penghuni kuarters tentera berkenaan berpindah ke kuarters yang baru.

"Kini, blok yang ditinggalkan turut menjadi 'stor' untuk menyembunyikan barangan curi. Pernah berlaku, dua kes penagih dadah ditemui mati akibat overdose di Blok B dan Blok C kuarters terbabit.

"Bagi memastikan keselamatan penduduk, kami memasang lampu selain kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa blok," katanya ditemui.

Menurut Ridzwan, aktiviti membabitkan penagih dadah pula berlaku pada setiap masa malah polis turut melakukan banyak rondaan serta pemantauan di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, aktiviti terbabit tetap berjalan dan soalnya, sampai bila ia akan berterusan.

"Kami bukan sahaja pernah menemui penagih dadah, malah menemui gelandangan yang menghuni blok kosong terbabit," katanya.

Seorang lagi penduduk, Kamarozaman Sampul, 56, pula bimbangkan keselamatan kanak-kanak.

"Penduduk berterusan menjaga keselamatan di sini bersama-sama bagi memastikan keselamatan kami terpelihara.

"Gerai-gerai makanan juga dibuka di beberapa kawasan terbiar bagi memastikan kawasan terbabit tidak lengang.

"Ia dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku perkara tidak diingini kepada penduduk, khususnya kanak-kanak yang melalui kawasan terbabit apabila pulang sekolah," katanya.

Tinjauan Harian Metro di beberapa blok kuarters terbabit turut menemukan beberapa bangkai motosikal yang sudah dileraikan.

Wartawan turut menemukan tempat digunakan individu dipercayai penagih dadah untuk 'melepak' serta melepas gian.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Gulam Muszaffar Mustakim berkata, keadaan kuarters terbabit amat membimbangkan kerana ia dijadikan sarang kegiatan tidak bermoral sejak ditinggalkan pada 2008.

"Perkara ini sudah lama dibincangkan malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bersetuju untuk melakukan pembangunan semula kuaters berkenaan.

"Pada awalnya, pihak berkaitan bersetuju dan tiada halangan untuk melakukan pembangunan semula, tetapi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil.

"Lebih mengecewakan, kelulusan yang kita peroleh daripada DBKL pada April 2022 sudah tamat tempoh.

"Kita sudah berjaya mendapatkan 85 peratus sokongan penduduk di perumahan berkenaan namun disebabkan kelewatan pihak berkaitan, maka DBKL membatalkan permohonan untuk membangunkan semula kawasan ini," katanya.

Menurut beliau, 10 blok yang dimiliki oleh sebuah agensi kerajaan itu diabaikan tanpa penyelenggaraan sejak hampir 15 tahun dan ia membuatkan penduduk 'terseksa' dengan persekitaran yang terdedah dengan pelbagai kegiatan tidak sihat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enagih-ditemui-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.072473 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list