View: 4271|Reply: 14
|
"Orang Marah Tengok Tempat Lain!" Pergi Kencing Dekat Sofa, Habis Kena Marah Terpekik High Note!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Dalam banyak-banyak jenis kucing, Oyen merupakan baka yang paling selalu membuat perangai lucu dan kadang kala menduga kesabaran tuannya
Ada saja gelagat lucu mereka yang tular di dalam media sosial. Disebabkan itu juga, Oyen merupakan kucing paling popular dalam kalangan warganet.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video seekor kucing dimarahi oleh tuannya gara-gara kencing di atas sofa telah mencuit hati ramai.
Termenung pandang dinding sebab kena bebel tak henti
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nickkyl, kelihatan kucing itu sedang memandang ke arah dinding dan tidak melakukan apa-apa pergerakan.
Rupa-rupanya, ia sedang dibebel oleh tuannya gara-gara kencing di atas sofa. "Toilet ada tak nak kencing kat toilet, sibuk kencing kat sofa! Pastu orang duduk bau hancing!
"Dah bagi duduk dalam rumah mengada pulak. Muka tu dah la macam gitu, perangai pulak macam gini. Cuba kalau nak kencing tu kencing kat tempat kau, jangan kencing kat sofa. Orang marah tengok tempat lain!" bebel tuannya.
"Jangan kata kucing, aku sendiri pun ngeri kalau kena tempik macam ni haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.6M tontonan, 275.3K tanda suka serta 38.3K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi kucing itu. Malah, ada yang simpati terhadap Oyen kerana difitnah dan namanya tiba-tiba dipetik, sedangkan kucing lain yang buat hal.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa pakai gambar red sofa tu, dah la red sofa dalam gambar tu mengingatkan sesuatu |
|
|
|
|
|
|
|
dah penyakit wartawan cari berjangkit kat forumer... ni bukan isu semasa la... awat la tak tepek kat benang viral sana tu... |
|
|
|
|
|
|
|
macam pernah ku lihat sofa merah ini tapi dimana yah
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih wartawan cari di atas penghargaan ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hiasan punnnnnn..menggamit memori silam betullllll. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp kencing kucing ni susah nak hilang bau.lagi2 kt sofa jenis kain.kencing mesti dh mnyerap masuk dlm sofa tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|