View: 2808|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Uncle Kentang tidak lelah bantu orang
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-09-07_14-44-21_1694077314.jpg)
Chee Heng Kuan (Uncle Kentang) , Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia.
Kuala Lumpur: "Saya masih menjalankan aktiviti kebajikan, namun kurang menonjolkan diri di media sosial."
Begitu kata Uncle Kentang atau nama sebenarnya Chee Heng Kuan, 60, yang memaklumkan masih aktif dalam menjalankan aktiviti kebajikan bersama pertubuhan amal ditubuhkannya terutama dalam membantu golongan memerlukan.
Menurutnya, rutin hariannya juga sibuk apabila membantu orang ramai sehingga lebih 20 orang sehari termasuk kepada warga asing.
"Saya bukan menyepi dalam memberikan bantuan, tetapi kemas kini akaun media sosial dihadkan kerana tidak boleh membuat hantaran terlalu banyak pada hari sama.
"Kita bukan nak tunjuk kita buat kerja, tapi dalam kesibukan saya membantu orang ramai, menyebabkan saya tidak sempat untuk memuat naik semua kemas kini ke dalam Facebook," katanya.
Menurutnya, bantuan van jenazah untuk masyarakat di Kuantan, Pahang juga masih belum diberi kelulusan disebabkan terdapat beberapa masalah tertentu.
Katanya, beliau mengakui berdepan cabaran dalam melakukan aktiviti kebajikan, tetapi memegang prinsip jika ada orang minta bantuan maka mereka perlu ditolong.
"Esok saya akan pergi Kedutaan Republik Indonesia untuk membantu selesaikan bayaran kompaun kanak-kanak warga Indonesia berusia 11 tahun kerana terkandas di Malaysia selepas ibunya dihantar pulang ke Medan.
"Selain itu, saya juga membantu isteri yang meminta bantuan untuk menghantar suaminya yang menghidap bengkak hati. Suaminya berbadan besar. Kereta tidak muat, jadi mereka perlukan ambulans," katanya.
Katanya, latar belakangnya yang pernah merasai kehidupan susah mendorongnya untuk terus membantu golongan yang memerlukan bantuan terutama B40.
"Saya berasal daripada keluarga susah. Kalau orang susah jumpa kita, kita bantu. Bukan mereka akan susahkan kita, tapi akan tambahkan pahala," katanya yang mencari pelapis di kalangan generasi muda bagi meneruskan pertubuhan amalnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-lelah-bantu-orang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|