View: 2371|Reply: 0
|
[Perak]
Tengah makan, tiba-tiba air naik
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jetti_1694004519.jpg)
SEBUAH kedai di Kuala Kedah tular selepas dinaik air ketika pelanggan menjamu selera. FOTO Ihsan Norashikin Nordin
Ipoh: Pengalaman premis dinaiki air pasang secara tiba-tiba ketika sedang menikmati makanan menjadi kenangan tidak dapat dilupakan seorang kakitangan firma guaman dan keluarganya ketika bercuti di Kedah, baru-baru ini.
Norashikin Nordin, 36 berkata, dia bersama suami, Mohamad Helmi Badri Hashim dan tiga anak singgah di sebuah kedai makan berhampiran jeti di Kuala Kedah, Kedah untuk makan tengah hari pada 2 September lalu.
Katanya, apa yang berlaku di luar jangkaan kerana dia tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu.
"Suami pernah makan di situ namun itu kali pertama saya dan anak-anak datang.
"Kejadian berlaku ketika kami sudah memesan makanan, waktu datang keadaan okay saja.
"Tidak lama kemudian, air naik sedikit dan ingatkan ia limpahan air biasa memandangkan kedai makan itu terletak berhampiran dengan jeti.
"Semakin lama, air naik dengan laju menyebabkan pelanggan yang ada di situ mengalihkan meja makan mereka ke tempat lain," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Kisah itu mendapat perhatian di laman sosial selepas Norashikin, 36, memuat naik video ketika melalui kejadian itu di TikTok.
Norashikin berkata, dia tidak takut cuma terkejut selepas menyaksikan apa yang berlaku.
"Waktu kejadian, saya ada bertanya juga dengan beberapa orang di situ dan mereka kata air pasang sampai masuk ke kedai makan itu perkara biasa.
"Tapi disebabkan itu pengalaman pertama saya dan tak pernah tengok jadi agak terkejut, pada masa sama teruja.
"Selepas apa yang berlaku, saya dan suami sepakat bungkus makanan untuk dibawa pulang.
"Bagaimanapun, kami tak serik untuk datang ke situ kerana makanan di kedai berkenaan memang sedap," katanya yang tidak menyangka video dimuat naiknya di TikTok tular.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tiba-tiba-air-naik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|