View: 4982|Reply: 6
|
Sepanjang Hidup Suka Mencarut- Dah Nak Meninggal Dunia Pun Penuh Carutan, Tak Boleh Mengucap
[Copy link]
|
|
Satu kisah yang dikongsikan di Platform X baru-baru ini mengundang sebak ramai, tentang pengakhiran seorang lelaki yang tidak dapat mengucap semasa sedang nazak dan meninggal dunia.
Menurut wanita berkenaan, lelaki tersebut kemalangan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi dan menurut doktor yang bertugas, keadaannya hanya ‘menunggu masa’ dan disebabkan itu, ahli keluarga dibenarkan untuk melawat.
Gambar Hiasan
Namun, selepas 2 hari menjaga lelaki itu, isteri tersebut telah berjumpa dengan seorang ustaz untuk bertanyakan hukum sekiranya dia tidak mahu menjaga suaminya yang sedang sakit. Tanpa berfikir panjang, ustaz berkenaan terus menziarahi lelaki itu pada sebelah petang.
Nak dijadikan cerita, ketika ustaz tersebut melawat, lelaki itu sedang dalam keadaan nazak. Ketika itulah dia meminta lelaki berkenaan untuk mengikutnya melafazkan kalimah “la ila ha ilallah” namun lelaki tersebut sebaliknya mencarut.
Walaupun dah ulang kali kedua namun tetap dapat reaksi sama dari lelaki berkenaan iaitu mencarut dan ulangan kali ketiga oleh ustaz berkenaan juga disusuli dengan carutan sebelum lelaki tersebut menghembuskan nafas terakhir.
Selepas jenazah selesai diuruskan, isteri kepada lelaki tersebut mendedahkan perkara yang berlaku sepanjang tempoh dia menjaga suaminya di unit jagaan rapi tempoh hari.
Menurutnya, pesakit lain dalam keadaan kesakitan akan menyebut “Allah”, berzikir dan sebagainya, namun dia berasa malu apabila perkataan yang keluar dari mulut suaminya adalah carutan dan ini membuatkan dia bertanya soal hukum menjaga suami pada ustaz tersebut.
Tambahnya lagi, dia meminta ustaz menyampaikan pesanan dalam ceramah-ceramahnya agar tidak mencarut kerana itulah perbuatan yang sering dilakukan suaminya, baik dalam keadaan bergurau dan sebagainya.
Wanita yang berkongsi kisah menyayat hati ini juga turut berpesan agar kita sebagai manusia sering menjaga tutur kata kerana ketika mati, ianya bukanlah sesuatu yang pura-pura dan apa yang kita sering sebut, itulah akan disebut ketika sakaratul maut datang menjemput. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dibah AA be like 'dislike..dislike' |
|
|
|
|
|
|
|
Pokcik Azwana *bukan nama sebenar*...gituew.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 7-9-2023 04:38 PM
Pokcik Azwana *bukan nama sebenar*...gituew..
Ahaaaaaa..ko nak kena pooookimak dengan dibah aa ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ku balas ngan astagfirullahal azimmm je nok...bukannya apa kita taip ni tak disoal nanti..koser mak jadi headline Matikah..eh silap Mastika...
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal aku rasa mcm baca mastika? Haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|